Sabtu, 19 November 2016
PENGASAS, PRESIDEN DAN TIM PRESIDEN PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA MENGUCAP TERIMA KASIH BUAT WARGA MUALANG MALAYSIA KERANA TIDAK MENYERTAI MANA-MANA PERHIMPUNAN BAJU KUNING DAN BAJU MERAH PADA 19/11/2016 (SABTU).
Rabu, 16 November 2016
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI SABAH
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-NEGERI-SABAH-543842402470620/
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI SARAWAK
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-NEGERI-SARAWAK-1610446475952086/
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI PULAU PINANG
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-PULAU-PINANG-578604568977014/
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI PAHANG
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-NEGERI-PAHANG-1290976587586833/
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI TERENGGANU
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-NEGERI-TERENGGANU-577056825807449/
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI SEMBILAN
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-NEGERI-SEMBILAN-798950716907436/
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI PERLIS
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-NEGERI-PERLIS-1050297285023734/
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI PERAK
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-NEGERI-PERAK-1601998343426607/
PERTUBUHAN MUALANG KUALA LUMPUR
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-KUALA-LUMPUR-550447655139511/
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI JOHOR
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-NEGERI-JOHOR-1006339346149751/
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI KEDAH
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-NEGERI-KEDAH-617971891705007/
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI SELANGOR
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-NEGERI-SELANGOR-668986023260554/
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI MELAKA
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-NEGERI-MELAKA-963474300417666/
PERTUBUHAN MUALANG NEGERI KELANTAN
Sila Layari Laman Web Facebook Di Bawah:
https://www.facebook.com/MUALANG-NEGERI-KELANTAN-1044125405635883/
Sabtu, 12 November 2016
SENARAI PENUH GENG KONGSI GELAP MALAYSIA YANG DIDEDAHKAN OLEH KDN.
UPDATE!! AKHIRNYA SENARAI PENUH GENG KONGSI GELAP DI MALAYSIA DIDEDAHKAN!!!!
Berikut adalah senarai kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang aktif beroperasi di Malaysia. Sumber ini didedahkan sendiri oleh pihak KDN.
Daripada laman berita ASTRO AWANI:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.
Senarai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media pada Khamis.
Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.
Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.
Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.
Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.
Katanya kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.
Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.
"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," kata beliau.
Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.
Daripada web https://tenteramaya.blogspot.my/2013/08/update-akhirnya-senarai-penuh-geng.html?m=1
KONGSI GELAP
Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.
Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.Kebaikan yang diamalkan dalam ahli kongsi gelap adalah melindungi ahli keluarga sendiri lebih dari diri sendiri dan juga setia kawan.
Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.
Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong-pelombong bijih timah yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong-pelombong ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli-ahli baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,35,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08, 18, 24, 30, 35, 36, 360, 77, 99, 313 (pesima) dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap 35 merupakan suatu kumpulan yang sangat aktif di kedah dan hanya dianggotai oleh orang India. Jadi, ia dianggap sebagai satu-satunya kumpulan kongsi gelap India. [perlu rujukan] Kumpulan-kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.
Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Kung (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".
Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi.
Dipetik Dari Web https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kongsi_gelap