Ahad, 31 Julai 2016

SIAPAKAH PADUKA AYAHANDA BOSS JOHN KOMANDO???

PADUKA AYAHANDA BOSS JOHN atau lebih dikenali sebagai panggilan BOSS JOHN DRAGON adalah merupakan salah satu Pengasas kepada Pertubuhan Mualang Malaysia. Beliau merupakan Seorang Ahli Perniagaan dan Kontraktor yang Aktif dalam pelbagai Projek Hartanah, Pembangunan, Pembinaan, Elektrikal dan sebagainya. Beliau Bergiat Aktif di dalam pertubuhan sejak dari tahun 2000. Beliau juga pernah Dilantik Menjadi Penasihat atau Penaung kepada lebih kurang 15 Pertubuhan di Malaysia. Kebanyakkan Ahli-Ahli dari Pertubuhan atau masyarakat Awam Lebih mengenali nama beliau kerana banyak menyelesaikan pelbagai kes serta masalah Masyarakat dan Ahli-Ahli Pertubuhan. Kes yang pernah diselesaikan oleh BOSS JOHN seperti kes Pinjaman Wang Haram (Ah Long), Kes Perselisihan Faham melibatkan pelbagai Kaum seperti Melayu, Cina dan India, Kes Penipuan jual beli kenderaan, Kes Hutang Wang antara individu dengan individu yang lain, Kes perganduhan Isteri/Suami Curang dengan orang lain, Kes Perebutan kawasan (Parking Kereta, Pengawal Keselamatan, Tarik Kereta, Perniagaan Dll), Kes Dendam lama, Kes kemalangan jalan raya yang berlarutan kepada pergaduhan. Beliau juga turut membantu masyarakat dalam Hal kebajikan golongan Miskin yang layak menerima bantuan, Individu cacat yang terlepas pandang untuk didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), Golongan Muallaf yang terpinggir dan sebagainya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan