Isnin, 19 September 2016

KHASIAT DAN FADHILAT YASIN 7 MUBIN

Khasiat Dan Fadhilat Yasin 7 Mubin
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.

“Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 10 kebajikan. Bukannya Alif Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya.” (al-Hadith).

Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.

Yasin 7 Mubin

Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;

1)   Ayat 12 = Mubin Pertama

36:12
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.

2)   Ayat 17 = Mubin Kedua

36:17
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.

3)   Ayat 24 = Mubin Ketiga

36:24
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

4)   Ayat 47 = Mubin Keempat

36:47
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.

5)   Ayat 60 = Mubin Kelima

36:60
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

6)   Ayat 69 = Mubin Keenam

36:69
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

7)   Ayat 77 = Mubin Ketujuh

36:77
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

Cara membaca Surah Yassin

Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.

Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.

Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.

A. Langkahnya adalah seperti berikut:-

Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.

B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :

Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.

Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin

Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:

1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).

Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.

Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah …

MANFAAT AIR SUAM

MANFAAT AIR SUAM ������

Sekumpulan Doktor Jepun mengesahkan bahawa air suam adalah ��% berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalah�� kesihatan, termasuk:

penyakit sakit kepala, migrain, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, sakit sendi, tiba-tiba meningkatkan dan mengurangkan denyutan jantung, epilepsi, tahap peningkatan kolesterol, batuk, rasa tidak selesa badan, sakit Golu, asma, penyakit batuk kokol, penyumbatan pembuluh darah, yang berkaitan dengan rahim & air kencing, masalah perut, kurang selera makan, juga semua penyakit yang berkaitan dengan mata, telinga & tekak.

CARA PENGGUNAAN AIR SUAM ����

Bangunlah pagi-pagi dan minum kira-kira 4 gelas air suam ketika perut kosong. Jangan makan apa-apa 45 minit selepas itu.

Anda mungkin tidak dapat meminum 4 gelas pada awalnya, tetapi perlahan-lahan anda akan dapat melakukannya.✍

Terapi air suam akan menyelesaikan isu-isu kesihatan dalam tempoh yang sewajarnya: ��

�� Diabetes dalam 30 hari
�� Tekanan darah dalam masa 30 hari
�� isu-isu yang berkaitan perut dalam masa 10 hari
�� Semua jenis kanser dalam 9 bulan
�� Urat tersumbat dalam 6 bulan
�� Kurang selera makan. Dalam tempoh 10 hari
�� Rahim dan penyakit yang berkaitan dalam tempoh 10 hari
�� Masalah Hidung, Telinga & Tekak dalam 10 hari.
�� Masalah Wanita. Dalam masa 15 hari,
�� penyakit jantung dalam 30 hari
�� Sakit kepala / Migrain dalam 3 hari
�� Tekanan darah rendah dalam 30 hari.
�� Kolesterol dalam 4 bulan
�� Epilepsi dan lumpuh secara berterusan dalam 9 bulan
�� Asma dalam 4 bulan.

AIR SEJUK TIDAK BAIK UNTUK ANDA:

��Dimasa lalu, orang pernah berkata bahawa air sejuk tidak memberi kesan kepada anda pada usia muda, ia akan membahayakan kamu di masa tua kelak��

�� Air sejuk menutup 4 urat jantung ♥ dan menyebabkan serangan jantung ��; Minuman sejuk adalah sebab utama kepada Serangan Jantung.
�� air sejuk �� menimbulkan masalah di dalam hati; menjadikan lemak terperangkap di dalam hati. Kebanyakan orang yang menunggu untuk pemindahan hati adalah mangsa minum air sejuk.
��air sejuk memberi kesan kepada dinding dalaman perut.
��air sejuk memberi kesan kepada perut dan usus besar dan menyebabkan kanser.
Wallaahu'alamu Bissowaab..???

TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT

*Sahabat*

*TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT.*

*1. TA'ARUFFAN*
_Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di lapangan terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya._

*2. TAARIIHAN*
_Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya._

*3. AHAMMIYYATAN*
_Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya._

*4. FAARIHAN*
_Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya._

*5. AMALAN*
_Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya._

*6. ADUWWAN*
_Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ...dia kutuk dan dedahkan aib kita. Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran ayat 120)_

_Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."_

*7. HUBBAN LIMAANAN.*
_Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta sahabatnya; kerana Allah Ta'ala SWT jua._

_Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :_
_"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)_

_Orang mukmin sentiasa berbaik sangka sesama sahabatnya, persahabatan yang terjalin kerana ikatan kasih sayang kerana Allah SWT. Semasa dia berdoa untuk dirinya sendiri dia akan masukkan bersama doa itu untuk kebaikan sahabat-sahabatnya. Salah satu doa yang sangat makbul ialah mendoakan kepada sahabatnya yang berjauhan._

_Dari 7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah SWT sebagaimana dalam firman Nya: "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan." (Surah Az-Zukhruf :67)...._

_Moga bermanfaat untuk sahabat-sahabatku._

Ahad, 18 September 2016

10 RUKUN BAI'AH

Rukun Bai'ah

1) FAHAM

Maksudku dengan rukun faham adalah: Hendaklah kamu yakini bahawa fikrah kita adalah fikrah Islam yang tulen dan hendaklah difahamkannya kepada orang ramai seperti mana yang kita fahami dalam lingkungan dua puluh usul yang amat ringkas.

Jika seorang akh itu mengetahui dinnya dengan usul-usul ini, ketika itu dia telah mengetahui apakah makna yang dimaksudkan oleh slogan abadinya iaitu `Al-Quran Perlembagaan Kami dan Rasul Ikutan Kami'.

2) IKHLAS

Maksudku dengan ikhlas: Bahawa seorang saudara muslim itu menujukan segala perkataan, amalan dan jihadnya keseluruhannya kepada Allah, mencari keredhaan dan kebaikan balasanNya, dengan tidak melihat keuntungan, gaya, pangkat, gelaran, kemajuan ataupun kemunduran.Dengan itu dia menjadi seorang tentera kepada fikrah dan akidah dan bukannya tentera satu tujuan atau manfaat yang tertentu. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah bahawasembahyangku, ibadatku, kehidupanku dan kematianku hanyalah kepada Allah tuhan sekelian alam dan dengan itulah aku diperintah" (Surah al-An'aam). Dengan itu juga seorang akh muslim itu dapat memahami
makna slogan abadinya iaitu: "Allah Matlamat Kami". Allahuakbar, kepada Allah segala pujian.

3) AMAL
Maksudku dengan amal: Natijah dari ilmu dan ikhlas. Firman Allah yang bermaksud: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu amalkan. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, maka Dia akan memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan"(Surah al-Taubah).

Di antara sifat kerajaan Islam adalah: Merasakan tanggung jawab yang diletakkan kepadanya, kasihan belas kepada rakyat, berlaku adil di kalangan manusia, cermat dalam perbelanjaan wang umum dan berekonomi padanya. Bagi kita, Allah adalah harapan utama kepada kita seperti mana yang dimaksudkan oleh firman Allah dalam surah Yusuf: "Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

4) JIHAD
Maksudku dengan jihad adalah: Ia adalah satu fardhu yang berkuatkuasa sehingga hari kiamat. Begitu juga maksud dari sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dan tidakberperang dan tidak berniat hatinya untuk berperang maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyyah." Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati, peringkat tertingginya adalah berjihad dijalan Allah. Antara keduanya: Jihad lidah, pena, tangan dan perkataan yang benar kepada pemerintah yang zalim.

Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad. Setanding dengan ketinggian dan keluasan ufuk dakwah ini, begitu jugalah besarnya kelebihan jihad di jalan dakwah, mahalnya harga yang dipinta untuk mendokongnya, besarnya balasan yang akan diberikan kepada orang-orang yang beramal. "Berjihadlah di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad." Dengan itu kamu akan memahami apakah yang dimaksudkan dengan slogan abadi kamu:`Jihad Adalah Jalan Kami'.

5) TADHIYYAH
Maksudku dengan tadhiyyah (pengorbanan) adalah:Mengorbankan harta, waktu, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai. Tidak ada jihad di dunia ini yang tidak disertai dengan pengorbanan. Jangan sekali-kali unsur pengorbanan ini digugur dalam jalan fikrah ini kerana sesungguhnya di sana ada balasan dan pahala yang besar dan indah untuknya. Sesiapa yang berhenti dari memberikan pengorbanan maka dia adalah berdosa. "Sesungguhnya Allah telah membeli nyawa dan harta dari mukminin." "Katakan bahawa jika sekiranya ayah-ayah kamu dan anak-anak kamu..." "Demikian itu kerana mereka tidak ditimpa dahaga dan kekurangan..." "Jika kamu taat maka Allah akan memberikan kepadamubalasan yang baik" Dengan demikian kamu akan memahami makna slogan abadimu: `Mati Syahid Di Jalan Allah adalah Setinggi Cita-cita'.

6) TAAT
Apa yang aku maksudkan dengan taat adalah: Mematuhi perintah dan melaksanakannya dengan segera sama ada dalam keadaan kesusahan ataupun kesenangan, perkara yang disukai ataupun dibenci. Ini adalah kerana peringkat dakwah ini ada tiga peringkat:
1. Peringkat Taarif iaitu pengenalan. Ini merupakan peringkat menyebarkan fikrah secara umum di kalangan manusia. Sistem dakwah dalam peringkat ini adalah seperti sistem sebuah organisasi.
2. Peringkat Takwin (pembentukan). Ini dilakukan dengan memilih unsur-unsur yang layak untuk menanggung bebanan jihad dan juga menyatukan antara mereka. Sistem dakwah pada peringkat ini adalah secara sufi di sudut rohani, sistem ketenteraan di sudut praktikalnya. Slogan pada dua perkara ini (amal dan taat) adalah dengan tidak berbelah bahagi, tidak menarik balik, tidak ragu dan tidak merasa tertekan. Katibah-katibah Ikhwan pada peringkat ini
akan dibentuk dan akan diaturkan oleh perutusan dasar yang lalu dan juga perutusan ini.
3. Peringkat Tanfiz (Pelaksanaan). Dakwah pada peringkat ini adalah peringkat jihad yang tidak ada tolak ansur di dalamnya, amalan yang berterusan dan usaha untuk sampai kepada matlamatnya, cabaran dan bala yang hanya akan dapat disabari oleh orang yang benar. Tidak ada yang mengimbangi peringkat ini kecuali dengan taat yang sempurna juga. Atas perkara inilah generasi Ikhwan yang pertama telah berbai'ah pada hari 5 Rabiul Awal 1359 hijrah.

7) THABAT
Maksudku dengan thabat (keteguhan) adalah: Seorang akh itu sentiasa beramal dan berjihad dalam mencapai matlamatnya walaupun selama mana masa yang akan dilalui sehinggalah dia berjumpa dengan Allah sedang dia sudah mendapat satu antara dua perkara yang elok untuknya iaitu dapat mencapai matlamatnya ataupun mati syahid pada akhirnya. Firman Allah yang bermaksud: "Di antara orang-orang yang beriman, ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur (syahid), dan di antara mereka ada yang menunggu giliran dan mereka tidak mengubah janjinya) sedikitpun" (Al-Ahzab).

Firman Allah yang bermaksud: "Mereka berkata kepadanya:Bilakah kemenangan itu, katakanlah kepada mereka semoga kemenangan itu adalah perkara yang hampir berlaku" (Al-Israk).

8) TAJARRUD
Maksudku dengan tajarrud ini adalah: Kamu mengikhlaskan diri kamu untuk fikrah kamu sahaja dan tidak kepada lain-lain dasar dan peribadi. Ini adalah kerana fikrah yang kamu bawa adalah fikrah yang paling mulia, paling global dan tinggi. "Celupan Allah (celupan keimanan yang sebenar kepada Allah yang telah sebati dalam jiwa orang-orang mukmin). Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?" (Al-Baqarah).

"Sesungguhnya telah ada bagi kamu contoh teladan yang baik pada Nabi Ibrahim dan mereka yang bersamanya, ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, kami mengingkari kamu dan telah jelas antara kami dengan kamu permusuhan dan kebencian selama-lamanya sehingga kamu beriman kepada Allah sahaja..." (al-Mumtahanah).

9) UKHUWWAH
Maksudku dengan ukhuwwah (persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri). Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya"(Al-Hasyr).

10) THIQAH
Maksudku dengan thiqah adalah: Seorang jundi itu yakin dan tenang dengan kebolehan, keikhlasan pemimpinnya dengan keyakinan yang mendalam yang akan melahirkan perasaan kasih, menghargai dan taat. Firman Allah yang bermaksud: "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka keberatan dari apa yang kamu hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya" (An-Nisa').

Pimpinan adalah sebahagian dari dakwah dan tidak ada dakwah tanpa pimpinan. Keyakinan yang silih berganti antara pimpinan dengan tenteranya akan mencernakan kekuatan sistem jemaah, mengukuhkan strateginya, kejayaannya dalam mencapai matlamatnya dan juga kejayaannya mengatasi segala cabaran dan kesusahan yang merintang perjalanan jemaah. "Ketaatan dan perkataan yang baik adalah lebih utama kepada mereka..." Thiqah kepada pimpinan adalah segalanya dalam usaha menjayakan dakwah ini. Firman Allah yang bermaksud:"Kalaulah kamu belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (Al-Anfaal).

Sabtu, 17 September 2016

BERITA HARI INI (LATEST NEWS) BERTARIKH 18/9/2016


1. KOTA BHARU 17 Sept. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar wakil rakyat DAP, Jeff Ooi serta semua pihak yang bertindak mempersenda dan menghina kematian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din di media sosial. Menurut Abdul Hadi, golongan tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan negatif berhubung kematian Allahyarham.

2. KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pengebumian jenazah Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berlangsung dalam suasana damai dan tenang di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars di Livermore, California, Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Pengebumian disempurnakan pada pukul 8.57 pagi (waktu Malaysia) selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anak Allahyarham, Hamdi di Masjid An-Noor, Santa Clara, San Francisco.

3. BANGKOK, 17 Sept - Seramai 455 rakyat Malaysia sedang meringkuk di penjara Thailand dengan lebih 90 peratus daripada mereka menjalani hukuman berkaitan kesalahan dadah. Sebahagian kecil daripada rakyat Malaysia yang berada di penjara Thailand pula melibatkan kesalahan berkaitan kad kredit.

4. KUALA LUMPUR 17 Sept. – TPM, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat mulai hari ini hingga 25 September ini. Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini memberitahu, Ahmad Zahid dijadual menyampaikan ucapan semasa sesi Debat Umum pada 24 September ini.

5. KUALA LUMPUR 17 Sept. – Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) hari ini membuat laporan polis terhadap Jeff Ooi ekoran kenya¬taannya yang menghina kematian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din. Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP itu juga digesa memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham.

6. KUALA LUMPUR 17 Sept. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO). Anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.

7. JELEBU 17 Sept. - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyasarkan seramai empat juta pelancong berkualiti dari China berkunjung ke Malaysia menjelang 2018. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut mampu dicapai berikutan kedatangan pelancong negara tersebut meningkat sebanyak 32 peratus pada Januari hingga Jun tahun ini.

8. KUALA LUMPUR 17 Sept. - Sebanyak 1,500 warga kota menyertai Larian Hari Malaysia 2016 yang julung kali dianjurkan Persatuan Rekreasi Wilayah Ceria 1 Malaysia dengan kerjasama beberapa pihak di Lanai Pusat Pelancongan Malaysia (Matic). Acara yang diadakan sempena Hari Malaysia yang disambut semalam itu turut disertai masyarakat Sabah dan Sarawak yang menetap di Lembah Klang.

9. KUALA LUMPUR 17 Sept. – Walaupun bersedih dengan pemergian Datuk Dr. Haron Din di San Francisco, Amerika Syarikat (AS), para petugas Pusat Rawatan Darus¬syifa (Darussyifa) di Bandar Baru Bangi tetap meneruskan operasi seperti biasa bagi memenuhi amanat ulama tersohor itu yang juga pengasasnya.

10. KUALA LUMPUR 17 Sept. - PM Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa orang ramai mengemukakan cadangan dan mengundi idea yang dilontarkan umum bagi dijadikan inti pati Bajet 2017. Cadangan dan undian itu boleh dilakukan dengan melayari ruangan Galeri Idea yang disediakan.

11. KUALA LUMPUR 17 Sept. – Kebiadaban Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menghina Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din melayakkan beliau digelar sebagai ‘Ahli Parlimen paling kurang ajar’ di negara ini. Reaksi Jeff berhubung pemergian Haron melalui Twitter yang berbunyi ‘Adios Harun Din. Let there be peace’ membayangkan kebenciannya terhadap kepemimpinan Pas.

12. KOTA BHARU 17 Sept. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Parti Amanah Rakyat (PAN) pada akhirnya akan ‘melutut’ dan mengiktiraf kekuatan Pas dalam persada politik negara berban¬ding parti serpihan itu. Malah, parti-parti lain yang menjadi sekutunya dari dahulu lagi terpaksa bergantung kepada Pas untuk meraih sokongan rakyat memandangkan komitmen tinggi ahli Pas.

13. KUALA LUMPUR 17 Sept. - Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan Deklarasi Pembangkang kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah seperti menafikan hak lebih 13 juta pengundi di negara ini. Penyerahan deklarasi berkenaan juga dilihat hanya untuk meneruskan kelangsungan politik bekas Perdana Menteri itu.

14. SHAH ALAM 17 Sept. – Kerajaan PKR Selangor didesak menyatakan secara terperinci bilangan rumah mampu milik yang telah dibina di bawah program Rumah Sela¬ngorku dan jumlah yang ditawarkan kepada pembeli. ADUN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut perlu memandangkan terdapat aduan diterima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada pembeli yang mendakwa permohonan mereka menerusi pendaftaran tidak direkodkan apabila dibuat semakan.

15. TAWAU, 17 Sept - Majikan kepada tiga warga Filipina yang diculik tujuh lelaki bersenjata di perairan Pulau Pom Pom di Semporna Sabtu lepas menerima panggilan meminta wang tebusan bernilai 2 juta Peso (RM180,000). Karim Musappa, 30, menerima panggilan daripada seorang mangsa culik Masurin, 50-an, pada Isnin lepas dan menyebut mengenai wang tebusan yang diminta penculik.

16. IPOH, 17 Sept - Sebuah kilang kimia yang memproses produk kloralkali mengalami kebocoran gas klorin sehingga mengeluarkan bau tidak menyenangkan penduduk di Kampung Baru Bukit Merah, Menglembu di sini pagi tadi. Phak bomba mendapat panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.03 tengah hari tadi.

17. KOTA SAMARAHAN, 17 Sept - Ismandi Osman, 38, yang dilaporkan hilang ketika memeriksa pukat di tebing sungai Kampung Pinang, di sini semalam dipercayai dibaham buaya. Kesimpulan itu dibuat selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diadakan hari ini menemukan kesan pergelutan di tebing sungai tempat mangsa memeriksa pukatnya.

18. KUDAT, 17 Sept - Penjenayah rentas sempadan yang berada di sekitar kepulauan di selatan Filipina merupakan pembeli utama minyak petrol dan diesel yang diseludup dari Sabah. Kumpulan penjenayah berkenaan memperoleh sumber kewangan hasil daripada kegiatan jenayah penculikan dan rompakan yang mereka lakukan di sekitar perairan Filipina, Malaysia dan Indonesia.

19. KUALA LUMPUR, 17 Sept - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur kerana urusan pengebumian jenazah Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berjalan lancar. "Alhamdulillah, dimaklumkan urusan pengebumian jenazah Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Amerika Syarikat telah selesai dan berlangsung lancar.” kata perdana menteri dalam catatan terbaharu laman Facebook dan Twitternya.

20. KOTA KINABALU, 17 Sept - Cadangan menambah satu kerusi baharu bagi Parlimen Kinabatangan dilihat mampu merealisasikan aspirasi kerajaan dalam memberi pembangunan seimbang antara wilayah di kawasan itu, kata anggota Parlimennya Datuk Bung Moktar Radin.

21. KUANTAN, 17 Sept - Seorang awak-awak bot dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada bot di perairan Pulau Tioman dekat Rompin Khamis lepas. Dalam kejadian 11 malam itu, mangsa Muhamad Saifudin Mamat, 32, yang beralamat di Endau, Johor disyaki terjatuh ke dalam laut ketika nelayan Hairil Azwan Rahmat, 37, sedang membaiki pukat. 

22. BUKIT MERTAJAM, 17 Sept - Seorang lelaki sesat lebih 10 jam ketika mendaki Bukit Tok Kun, di sini selepas tersasar dari laluan serta gagal mencari jalan untuk turun petang semalam. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.13 malam memaklumkan mangsa, Chua Lee Heng, 58, sesat di atas bukit itu.

23. SINGAPURA, 17 Sept - Seorang penganggur warga Malaysia dijatuhi hukuman penjara dua minggu selepas mengaku bersalah terhadap tiga daripada 31 dakwaan memalsukan pas masuk mudah alih untuk memasuki beberapa ruang rehat di Lapangan Terbang Changi, di sini.

24. HULU TERENGGANU, 17 Sept - Operasi mencari dan mengesan seorang remaja lelaki yang dikhuatiri hilang di Sungai Getang, di sini semalam diperluas sehingga jarak satu kilometer. Seramai 10 penyelam skuba daripada jabatan bomba juga terbabit melakukan pencarian.

25. GEORGE TOWN, 17 Sept - Polis Pulau Pinang menafikan terdapat ancaman oleh Daesh di negeri ini dan meminta orang ramai supaya bertenang. Imej anggota polis yang membuat rondaan di pusat membeli-belah yang disebarkan media sosial semalam merupakan gambar lama dan situasi itu bukan berlaku di Pulau Pinang.

26. TUARAN, 17 Sept - Lima puluh belia dari Institut Perguruan Kent, menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan menerusi Program 1Malaysia For Youth (iM4U) dengan menanam benih pisang dan sayur organik Sabah di Pusat Orang Buta Tuaran, di sini hari ini.

27. MELAKA, 17 Sept - Dalam usaha membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri, DMDI Finance House Berhad (DMDIFH) telah meluluskan 62 permohonan pinjaman perumahan kos rendah dengan jumlah RM2 juta sejak Julai tahun lepas. Syarikat itu hanya memberikan pinjaman untuk rumah kos rendah bernilai maksima RM50,000 dengan tempoh bayaran balik 25 tahun dan faedah enam peratus setahun.

28. PUTRAJAYA, 17 Sept - Sebanyak 30 motosikal berkuasa tinggi menyertai program Konvoi Kembara Merdeka anjuran Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang melibatkan perjalanan lebih 1,000 kilometer bermula hari ini hingga Isnin. Program itu dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia selain memperkenalkan fungsi dan peranan bahagian berkenaan kepada orang ramai.

29. BAITULMAQDIS 17 Sept. - Seorang penggubal undang-undang Israel menggemparkan ‘dunia’ rejim Zionis apabila mendakwa bekas Presiden Israel, Shimon Peres, 93, yang kini sedang menderita akibat angin ahmar, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pertumpahan darah yang berlaku di Palestin. Dakwaan tersebut dicetuskan oleh Basel Ghattas yang juga seorang ahli Parlimen Israel berketurunan Arab.

30. IPOH, 17 Sept - Polis meminta saksi kejadian kes pembuangan bayi yang ditemukan di dalam tong sampah di kafeteria Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini supaya tampil bagi membantu siasatan polis. Polis menerima laporan mengenai penemuan mayat seorang bayi oleh seorang pekerja hospital itu kira-kira 11.10 pagi tadi ketika sedang melakukan kerja pembersihan. 

31. KUALA LUMPUR, 17 Sept - Golongan belia digalakkan untuk mendaftar dan mengundi pada pilihan raya umum ke-14 akan datang kerana mereka memainkan peranan penting untuk membentuk masa depan negara. Golongan belia juga memainkan peranan penting dalam pembangunan dan membangunkan negara.  

32. PUTRAJAYA, 17 Sept - Kementerian Pendidikan Tinggi telah menghantar pegawainya ke Mesir untuk berjumpa dengan pelajar Malaysia di negara itu yang menghadapi masalah pembiayaan pengajian seperti dilaporkan baru-baru ini. Matlamat rombongan tersebut adalah untuk berjumpa dengan pemegang taruh dan juga membuat misi pencarian fakta agar gambaran penuh isu tersebut ini dapat diperolehi.

33. KUALA LUMPUR, 17 Sept - Malaysia mengulangi gesaan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) supaya menggunakan pelbagai kaedah yang ada untuk mewujudkan situasi bagi keamanan dan mempengaruhi pendirian pihak-pihak berkaitan untuk menyelamatkan usaha penyelesaian berasaskan dua negara terhadap konflik Israel-Palestin. 

34. KOTA KINABALU, 17 Sept - Cadangan 13 kerusi tambahan bagi kawasan persempadanan Dun adalah berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan dan amalan dalam sistem demokrasi negara. Perlembagaan memperuntukkan bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu boleh dilaksanakan setiap lapan tahun. 

35. JOHOR BAHRU, 17 Sept - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ) mengumumkan lanjutan bekalan air berjadual di Mersing mulai semalam sehingga 15 Oktober depan. Langkah melanjutkan bekalan air berjadual berkenaan berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Mersing dan LRA Tenglu masih tidak berupaya membekalkan air terawat yang mencukupi.  

36. KUALA LUMPUR, 17 Sept - Pas membangkang dan menentang secara profesional, kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan. Pas secara konsisten menentang apa jua program, kerajaan yang tidak baik dan menekan rakyat seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), Bauxite, Cukai Perkhidmatan dan Barang (GST) dan lainnya. 

37. ALOR SETAR, 17 Sept - Seorang remaja menerima padah gara-gara ingin memiliki nombor plat motosikal cantik apabila ditahan dalam Ops Samseng Jalanan, di dataran hadapan Masjid Zahir, di sini, semalam. Disebabkan tindakan Faizal (bukan nama sebenar), 21, dia yang datang dari Pendang akhirnya menerima tiga saman dari polis atas pelbagai kesalahan trafik berbeza dilakukannya.

38. BALING, 17 Sept - Setiap kali berlakunya kematian atau musim kenduri, penduduk Kampung Tebing Tinggi Mukim Kupang terpaksa menghubungi Syarikat Air Darul Aman (Sada) bagi mendapatkan bekalan air yang dikatakan menjejaskan ratusan penduduk berkenaan. Menurut seorang penduduk, Abu Hassan Pak Muda, 58, mereka terpaksa menunggu bekalan air dihantar Sada bagi memandikan jenazah dan mengendalikan kenduri. 

39. JOHOR BAHRU, 17 Sept - Sepucuk pistol angin (airsoft gun) ditemui apabila polis mencekup sepasang kekasih yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Mutiara Emas 10/19, Mount Austin, semalam. Dua suspek yang diberkas berjaya dikesan anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.  

40. GOPENG, 17 Sept - Dua mangsa yang maut dalam kemalangan di kilometer 294.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara malam tadi dikenal pasti sebagai Ibrahim Abu, 44, dan adiknya, Siti Aishah Abu, 22. Ibrahim adalah pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max itu manakala Siti Aishah pula adalah penumpang dan mereka bersama tiga lagi penumpang lain adalah dari Taman Bandar Baru, Pokok Sena, Kedah.

41. TANJUNG MALIM, 17 Sept - Sebanyak 10 peratus daripada 540 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh Perak yang tidak aktif dalam aktiviti bersama ahlinya bakal berdepan dengan tindakan digantung geran tahunan.  

42. SERI ISKANDAR, 17 Sept - Sebanyak 42 pasangan pengantin dari seluruh Perak selamat diijabkabulkan dalam Majlis Nikah Jama’ie Syar’ie Peringkat Perak di Masjid Sultan Yussuf Izzuddin Shah, di sini, semalam. Kesemua pasangan pengantin berkenaan dinikahkan oleh 42 jurunikah termasuk Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria. 

43. KUALA SEPETANG, 17 Sept - Keluarga seorang nelayan yang didakwa menjadi mangsa pukul hingga mati dalam kejadian 5 September lalu, berharap mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan. Saudara mangsa, Ng Kok Chen, 33, berkata, mangsa, Lim Chin Aik, 33, dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki di kawasan stesen minyak di Segari.  

44. KUALA PILAH, 17 Sept - Sebuah taman permainan di Taman Jemapoh Murni, di sini, diibaratkan 'perangkap maut' apabila alat permainan di situ kebanyakannya sudah uzur dan rosak, sekali gus mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak yang bermain di kawasan berkenaan. Didapati alat permainan seperti jongkang jongkit, buaian, kuda-kuda dan papan gelongsor telah banyak yang rosak dan berisiko mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak. 

45. KUALA PILAH, 17 Sept - Seorang suri rumah ketakutan selepas menerima ugutan dari seorang lelaki yang tidak dikenali mendakwa memiliki video separuh bogel miliknya. Mangsa yang berusia 35 tahun itu mendapati dirinya telah dirakam ketika mandi di rumahnya di perkampungan Orang Asli dalam daerah ini, kira-kira jam 2.50 pagi, Rabu lalu.

46. KUANTAN 17 Sept. - Seramai 19 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas yang mereka naiki itu terbabas dan terbalik lalu jatuh ke lereng bukit berhampiran simpang ke Tabung Haji di Jalan Keratong dekat Rompin petang ini. Pihak bomba mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 4.02 petang dan jentera tiba di lokasi 26 minit kemudian.

47. GEORGE TOWN, 17 Sept - Ahli farmasi boleh memainkan peranan dalam mendidik orang awam tentang bagaimana untuk mengelakkan jangkitan virus Zika, kata Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Dr Salmah Bahri. Ahli farmasi dapat membantu Kementerian untuk menangani jangkitan virus Zika dengan mendidik orang tramai mengenai kebersihan kerana vektor itu sama dengan denggi.

48. KUALA LUMPUR, 17 Sept - Malaysia mengulangi gesaan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) supaya menggunakan pelbagai kaedah yang ada untuk mewujudkan situasi bagi keamanan dan mempengaruhi pendirian pihak-pihak berkaitan untuk menyelamatkan usaha penyelesaian berasaskan dua negara terhadap konflik Israel-Palestin.

49. KOTA BHARU, 17 Sept - Projek naik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini dijangka bermula awal tahun depan, kata Menteri MITI Datuk Seri Mustapa Mohamed. Kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan bagi projek tersebut yang akan menelan belanja antara RM300 dan RM400 juta.

50. KEPALA BATAS, 17 Sept - Polis menasihatkan jawatankuasa masjid dan surau di sini supaya mengosongkan tabung yang terdapat di rumah ibadat berkenaan setiap hari bagi mengelak kejadian kecurian atau pecah tabung. Kes kecurian dan kehilangan wang itu perlu dibendung dengan tidak memberi ruang serta peluang kepada penjenayah untuk mendapatkan hasil daripada perbuatan mereka.

51 SINGAPURA 17 Sept. - Seorang penganggur warga Malaysia, Raejali Buntut dijatuhi hukuman penjara dua minggu selepas mengaku bersalah terhadap tiga daripada 31 dakwaan memalsukan pas masuk mudah alih untuk memasuki beberapa ruang rehat di Lapangan Terbang Changi, di sini. 

52. IPOH 17 Sept. - Mayat seorang bayi yang cukup sifat ditemui di dalam tong sampah di kafeteria Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, pagi tadi. Mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui seorang tukang cuci dalam keadaan sudah berulat kira-kira pukul 10.55 pagi.

53. PONTIAN 17 Sept. – Seorang lelaki berusia 26 tahun dikhuatiri lemas ketika cuba menarik tali bot yang terputus ketika memancing di Kelong Sri Pantai, Pontian Besar, dekat sini awal pagi ini. Mangsa, Didi Nazri Jafri pergi ke kelong milik datuknya, Kamal Abu Bakar bersama-sama tiga lagi rakannya untuk memancing.

54. KULAI 17 Sept. - Orang ramai terutamanya pengguna jalan raya diminta berhati-hati kerana berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Belian 2, Bandar Putra Kulai, di sini awal pagi ini. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau harta benda dilaporkan.

55. KUALA LUMPUR 17 Sept. - Pemilik sebuah kedai perabot di Bandar Sri Damansara, di sini terpaksa berputih mata apabila premis yang terletak di tepi Jalan Kuala Selangor menghala ke Sungai Buloh itu musnah dalam kebakaran, hari ini.

56. KOTA BHARU 17 Sept. - Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan memangku jawatan Mursyidul Am parti itu selepas pemergian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din semalam. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kepimpinan tertinggi parti akan bermesyuarat bagi menentukan siapa yang layak memegang jawatan itu.

57. KUALA LUMPUR 17 Sept. – Parti Gerakan sanggup ‘membiayai’ perhimpunan Bersih 5 seandai¬nya perhimpunan itu diadakan di stadium. Mereka sanggup menawarkan RM20,000 untuk membayar sewa satu hari stadium berkenaan. Setakat ini mereka sudah mempunyai RM17,500 dan bakinya akan disumbangkan oleh Pergerakan Pemuda Gerakan.

58. KUALA LUMPUR 17 Sept. - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sedang menunggu maklumat lanjut daripada pasukan penyiasat yang menjalankan analisis terhadap serpihan pesawat yang ditemukan di Tanzania, timur Afrika pada 20 Jun lalu. 

59. KUALA LUMPUR 17 Sept. – Bekas Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib, 70, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, di sini kira-kira pukul 10.00 malam tadi akibat komplikasi kanser hati.
Jenazah beliau yang juga bekas Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas di sini, kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

60. SEPANG 17 Sept. – Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 10.50 pagi esok menerusi penerbangan Saudi Arabia SV5644. Mereka akan berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ke tanah air pada 9 malam waktu tempatan (3 pagi Ahad waktu Malaysia).

61. NEW YORK 17 Sept. – Mangkuk tandas bersalut emas di Muzium Solomon R. Guggenheim, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan dibuka untuk kegunaan umum mulai semalam. Mangkuk tandas yang berfungsi sepenuhnya itu disifatkan 100 peratus hasil kerja seni yang boleh dibanggakan. Hasil kerja seni itu bernilai sehingga AS$1.7 juta (RM7.03 juta).

62. BANGKOK 17 Sept. – Seorang pelancong China yang hilang selama dua hari ketika menyertai satu lawatan di Zoo Harimau Sriracha, Thailand akhirnya ditemukan ketika sedang membasuh kain di sebatang anak sungai. Bagaimanapun, pelancong berkenaan, Gao Li Ping dilaporkan seperti tidak gembira ketika ‘diselamatkan’ anggota polis dan menangis teresak-esak. Wanita yang mengalami tekanan perasaan itu dalam proses untuk bercerai dengan suaminya di China sebelum mengikuti lawatan ke Thailand. 

63. WASHINGTON 17 Sept. – Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump terus mencetus kontroversi selepas dilaporkan memberikan isyarat tersirat ‘pembunuhan’ seteru beliau, Hillary Clinton. Kenyataan kali kedua di Miami semalam itu dibuat sebulan selepas Trump dituduh menggalakkan pemilik senapang untuk membunuh Hillary jika calon Presiden daripada Parti Demokrat itu memenangi pilihan raya 8 November ini.

BERITA SUKAN:

1. KUCHING 17 Sept. - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) kini tanpa presiden selepas tiada calon yang berminat dengan jawatan itu pada mesyuarat agung persatuan tersebut hari ini. Malah Datuk Sudarsono Osman yang telah menegaskan tidak akan mempertahankan jawatan presiden apabila penggalnya berakhir hari ini, tetap menolak pencalonan beliau dengan alasan mempunyai komitmen lain yang terlalu banyak.

2. PETALING JAYA 17 Sept. - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghadiahkan sejumlah RM1.4 juta insentif ke atas skuad badminton negara yang beraksi pada Sukan Olimpik Rio 2016 atas kejayaan meraih kecemerlangan luar biasa. Antara yang menerima insentif tersebut ialah pemenang pingat perak dalam saingan perseorangan, Datuk Lee Chong Wei (RM250,000); beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong (RM375,000) dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (RM375,000).

3. GEORGE TOWN, Sept 17 - Beratus-ratus orang berkumpul di Kompleks Belia dan Sukan negeri di Batu Uban awal pagi tadi untuk menyertai program 'Possible Run' dengan tekad untuk menurunkan berat badan. Larian itu berbeza daripada aktiviti larian lain kerana ia mengutamakan mereka yang obes menyertai program itu.

4. PETALING JAYA, 17 Sept - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang mempertahankan kejuaraan bola sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari selepas mengalahkan SMK Sultan Sulaiman Shah, Kuala Selangor, 4-0 pada final di sini hari ini. Pada perlawanan di Kompleks di Kompleks Sukan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini, juara bertahan itu membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Nazrin Aiman Azmi.

5. ALOR SETAR 17 Sept. - Kejayaan atlet paralimpik negara meraih pingat dalam Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil merupakan kemegahan besar buat negara walaupun terselit 1,001 kisah suka dan duka. Di sebalik kejayaan luar biasa itu, mereka pernah melalui saat sukar apabila kehilangan rakan seperjuangan yang ketika itu berada di puncak prestasi seperti pelari pecut paralimpik Azlan Mat Lazim.

6. LONDON 17 Sept. - Jurgen Klopp berkata Liverpool bermain begitu bersungguh-sungguh ketika menumpaskan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge (awal pagi hari ini waktu Malaysia). Jaringan daripada Dejan Lovren dan Jordan Henderson sudah memadai untuk memberikan kemenangan kedua Klopp di Stamford Bridge dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak jurulatih dari Jerman itu mula mengendali Reds pada musim lalu.

7. KUALA LUMPUR 17 Sept. – Hendrawan akhirnya sah terus bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang membuat keputusan untuk memperbaharui kontraknya selama dua tahun lagi selain akan menambah seorang lagi jurulatih untuk pemain perseorangan. Mesyuarat exco telah bersetuju untuk menyambung kontrak jurulatih perseorangan lelaki negara berusia 44 tahun dari Malang, Indonesia itu.

8. KUALA LUMPUR 17 Sept. – Momentum kemenangan skuad bola sepak Bawah 19 negara dalam perlawanan ketiga Kumpulan A Kejuaraan AFF B-19 akhirnya terhenti selepas tewas kepada Timor Leste 2-3 di Pusat Latihan Belia Vietnam di Hanoi hari ini.


BIODATA ALLAHYARHAM DATUK DR HARON DIN

Butir-Butir Peribadi

Nama : HARON BIN DIN

Tarikh Lahir : 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359

Tempat Lahir : Bohor Mali, Jalan Simpang Empat, Kayang, Perlis

Nama isteri: Datin Khadijah bt. Md Salleh

Nama bapa   : Haji Din bin Wan Awang

Nama  ibu   : Hjh Che Teh bt. Wan Nik

Pekerjaan ibu/bapa :   Petani

Tempat tinggal : Bandar Baru Bangi, Selangor

Hobi  : Membaca, memancing, memburu & berkebun

KELUARGA

Nama adik beradik :

1. Fatimah bt. Hj. Din -   Suri rumah
2. Ishak bin Hj. Din -   Pendakwah
3. Haron bin Hj. Din -   Pendakwah/Pesara
4. Rokiah bt. Hj. Din -   Guru Al-Quran
5. Abu Hassan bin Hj. Din -   Pendakwah / Pesara (Pegawai Agama Istana Negara)
6.  Siti Mariam bt. Hj. Din -   Pesara (Pengetua)
7. Che Be bt. Hj. Din -   Pendakwah / Pesara (Guru)
8. Jariah bt. Hj. Din -   Pendakwah / Pesara (Guru Penolong Kanan)
9. Siti Khadijah bt. Hj. Din -   Pendakwah / Usahawan
10. Che Wangi bt. Hj. Din -   Pesara (Pembantu Tadbir)

Anak-Anak

1. Dr. Huda bt. Haron (Berkahwin) Dr. Azlin bin Azzuddin
2. Hamdi Haron   (Berkahwin) Siti Musalma bt. Syeikh Radzi
3. Salwa Haron   (Berkahwin) Shaiful Khairy bin Kamarul Zaman
4. Najmi Haron   (Berkahwin) Farhana bt. Kamarudin
5. Hana Haron   (Berkahwin) Haziq bin Jaffar

Cucu-Cucu

1. Ajwad bin Azlin 7. Hulaif bin Hamdi
2. Awfa bt. Azlin 8. Syifaa’ bt. Shaiful Khairy
3. Adra bt. Azlin 9. Sudais bin Shaiful Khairy
4. Hakeem bin Hamdi 10. Nawfal bin Najmi
5. Hadif bin Hamdi 11. Nawrah bt. Najmi
6. Hilwa bt. Hamdi 12. Nazwan bin Najmi

PENDIDIKAN
1. Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
2. Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
3. Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
4. Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
5. Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
6. Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)

KERJAYA
1. Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
2. Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia  (1977-1985)
3. Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
4. Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
5. Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
6. Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
7. Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
8. Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
9. Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
10. Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
11. Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
12. Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

DAKWAH
1. Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulamak Malaysia (1976-1977)
2. Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan (1977-1980)
3. Ahli Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah ke 15 (Kementerian Kesenian, Belia dan Sukan (1979)
4. Ahli Jawatankuasa Pameran Kemajuan Islam, Mesium Negara 1979
5. Ahli Jawatankuasa  Panel Penasihat Pusat Pendidikan Islam, ITM
6. Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Jabatan Agama Islam Perlis
7. Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (Tabung Haji/Pusat Islam)
8. Penasihat Kebajikan Kakitangan Pekerja-Pekerja islam PORIM Malaysia
9. Ahli Jawatankuasa Pentadbir Kem Ampang Pecah Yayasan Selangor Darul Ehsan
10. Penasihat Darul Fitrah Kuala Lumpur
11. Penasihat Lembaga Madrasah Islahiah Bohor Mali Kayang, Perlis
12. Penasihat Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, UKM
13. Penasihat al-Hunfa’ Wilayah Persekutuan
14. Penasihat Institut MINDA Kuala Lumpur
15. Ahli Jawatankuasa Kesepakatan Kenaikan Pangkat Profesor dan Profesor madya, Fakulti Pengajian Islam, UKM
16. Ahli Jawatankuasa Mengkaji Kedudukan Jabatan/Agama Islam Negeri
17. Ahli Jawatankuasa Mengkaji Sukatan Pelajaran KeIslaman di Kementerian dan Jabatan Kerajaan
18. Ahli Jawatankuasa Pengawasan Yayasan al-Islahiah Bohor Mali, Perlis
19. Ahli Jawatankuasa Pengawasan Yayasan al-Muhammady Kayang, Perlis
20. Penasihat Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa’) (1988 – kini)
21. Pengerusi Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam Malaysia (2016 – kini)

POLITIK
1. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
2. Ketua Penerangan PAS Pusat
3. Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
4. Timbalan Mursidul Am PAS
5. Mursyidul Am PAS

PENERBITAN

1. Buku teks mengenai Islam untuk Sekolah Menengah

a. Obor Islam I (The Light of Islam I), Pulau Pinang :  Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970

b. Obor Islam II (The Light of Islam II)  Pulau Pinang :  Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970

c. Obor Islam III (The Light of Islam III) Pulau Pinang :  Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
 
d. Obor Islam IV (The Light of Islam IV) Pulau Pinang :  Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970 
e. Obor Islam V (The Light of Islam V) Pulau Pinang :  Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970

2. Haron Din, Dato' Dr., 1940- Hudud di dalam Perundangan Islam (suatu analisa Mengapa Hukuman Hudud Perlu Dilaksanakan) / oleh Haron Din,  Kuala Lumpur Pejabat Agong Pas 1978

3. Hudud Dalam Perundangan Islam (Hudud in Islamic Law).  Kuala Lumpur : Pakar Print, 1978

4. Suami isteri dalam rumahtangga menurut Islam.  Kuala Lumpur : Maju Press, 1979
5. Masalah Pendidikan Islam di Malaysia (Problem of Islamic education in Malaysia) with others.  Kajang : Sincere Print, 1980

6. Masalah Pendidikan Islam di Malaysia. ( Bersama Dr. Sabri Salamon). Bangi Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah 1980

7. Penyelenggaraan jenazah.  Serdang : Unit Bimbingan Umaga, Universiti Pertanian Malaysia, 1981

8. Haron Din, Dato' Dr., 1940-  فسخ النكاح والقضايا المتعلقة به : دراسة مقارنة بين المذاهب الفقهية / الدكتور هارون دين  Fasakh Al-Nikah Wa Al-Qadaya Al-Muta'liqah Bih : Dirasah Muqaranah Bayna Al-Madhahib Al-Fiqhiyah  Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1983

9. Amran Kasimin, 1945-Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah Oleh Amran Kasimin dan Haron Din, Kuala Lumpur Percetakan Watan 1987

10. Rawatan Pesakit Menurut al-Quran dan as-Sunnah / oleh Dr. Amran Kasimin dan Prof. Dr. Haron Din, Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1987

11. Pengetahuan Agama Islam. (Bersama Ustaz Sobri Salamon)  Kuala Lumpur : Al-Rahmaniah, 1988

12. Haron Din, Dato' Dr., 1940- Jawapan Kepada Buku Hadith Satu Penilaian Semula Haron Din ... (et al.),  Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Fakulti Pengajian Islam 1988

13. Jawapan Kepada Buku, ‘Hadith Satu Penilaian Semula’.  Kuala Lumpur  : Terbitan Dewan Pustaka Fajar, , Januari 1988

14. Methodologi Zikir.  Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1988

15. Pengurusan Jenazah.  Bangi : Percetakan Zizi Press, 1989

16. Pengenalan Islam : Kemusykilan dan Penjelasan ( Bersama Ustaz Ishak din ) 1989

17. Taklik Talak Antara Hokum Fiqh dan Hokum Qanun.  Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1889

18. Buku, Sebahagian Daripada Rawatan Pesakit menurut al-Qur’an dan al-Sunnah.  Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., Tahun 1990

19. Manusia dan Islam / Haron Din... (et.al) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990

20. Manusia dan Islam / Haron Din ...[et al.], Kuala Lumpur: Amiza, 1990

21. Haron Din, Dato' Dr., 1940-  Himpunan Doa-doa Pilihan dari Al-Quran dan Hadis Serta Terjemahannya oleh: Haron Din dan Ishak Din  Kuala Lumpur Darul Nu'man 1994

22. Fadilat ayat al-Kursi Untuk Mengatasi Sihir / oleh Dr Amran Kasimin dan Prof. Dato' Dr Haron Din, Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1995

23. Aqidah Tauhid.  (Bersama Ustaz Iskah Din).  Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1995

24. Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran dan As-Sunnah : doa-doa / Dr Amran Kasimin, Prof. Dato' Dr Haron Din, Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1995

25. Amran Kasimin, 1945 Doa dan Rawatan Penyakit.  Amran Kasimin, Haron Din
Kuala Lumpur Percetakan Watan 1996

26. Haron Din, Dato' Dr., 1940- Rahsia Khusyuk Dalam Solat ( videorecording) oleh Dato' Dr. Haron Din, Kuala Lumpur MOCCIS Production 1996

27. Soal Jawab Fiqh Harian / Ishak Din, Haron Din, Abu Hassan Din al-Hafiz,  Shah Alam : Hizbi, 1992

28. Amran Kasimin, 1945-Doa dan Rawatan Penyakit (i) / Dr Amran Kasimin, Dato' Dr. Haron Din : Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1997

29. Manusia dan Islam / Prof. Dato' Dr. Haron Din (Ketua) ... [et al.] Shah Alam : Hizbi Marketing, 1999

30. Manusia dan Islam.  Jilid 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991

31. Manusia dan Islam.  Jilid 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992

32. Soal Jawab Agama.  (bersama Ustaz Ishak Din).  Percetakan Akademi Art Printing Services Sdn. Bhd. 1992

33. Manusia dan Islam.  Jilid 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993

34. Hudud Dalam Perundangan Islam.  Kuala Lumpur : Deny Press, 1993

35. Ulama’ Bukan Cap Getah.  Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1993

36. Muhammad Rasulullah : Anugerah Untuk Kejayaan.  Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1993

37. Manusia dan Islam / Haron Din ... [et al.] Ampang : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2001

38. Haron Din, Dato' Dr., 1940-Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian / Dato' Dr. Haron Din, Ishak Din, Abu Hassan Din, Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007

39. Haron Din, Dato' Dr., 1940- Islam : Agama Bisnes & Pengurusan / Dato' Dr. Haron Din, Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2007

40. Haron Din, Dato' Dr., 1940 - Islam : Keadilan Membebaskan Manusia / Dato' Dr. Haron Din,  Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2007

41. Haron Din, Dato' Dr., 1940 - Islam : Ada Apa Dengan Islam? / Dato' Dr. Haron Din.  Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007

42. Haron Din, Dato' Dr., 1940 - Islam : Jihad Sebagai Survival Insan / Dato' Dr. Haron Din.  Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007

43. Haron Din, Dato' Dr., 1940 -  Islam : Rujukan Efektif Akhlak Mulia / Dato' Dr. Haron Din.  Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2007

44. Haron Din, Dato' Dr., 1940 - Islam : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia / Dato' Dr. Haron Din.  Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2007

45. Haron Din, Dato' Dr., 1940 - Islam : Ibadah Pembina Tamadun Manusia / Dato' Dr. Haron Din.  Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007

46. Haron Din, Dato' Dr., 1940-,  Attarikat alNakhsyahbandiah Ala'liyah Haron Din, {s.l.], [s.n.]:[n.d]

47. Tasawwur Islami.  Kajang : Percetakan Graphico, 1404 H

48. Melihat Anak Bulan di Malaysia : Masalah dan Kemungkinan.

49. Kewajipan Menegakkan Negara Islam.  Perlis : Indera Press

ARTIKEL-ARTIKEL

1. Perbahasan tentang kertas kerja Prof. Ahamad Ibrahim.  Dalam Islam dan Kebudayaan Melayu.  Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1978

2. Kearah Pembentukan Ulamak yang Berfungsi dan Berwibawa dari Kacamata Intelek.  Kuala Lumpur : Adabi, 1983

3. Pentingnya Peranan Ugama dalam Rumahtangga.  Dalam Perkahwinan dan kekeluargaan dalam Islam.  Kuala Lumpur : Adabi Press, 1984

4. Konsep dan falsafah Rukun Islam.  Himpunan Kertaskerja Kursus Dakwah dan Kepimpinan bagi Guru-guru.  Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1985

ARTIKEL-ARTIKEL DALAM MAJALAH

1. Sheikh Abu Bakar al Ash’ari.  Dalam Utusan Qiblat,  Julai 1976

2. Undang-undang Mahkamat Syariah Bertentangan Dengan Islam?  Dalam Roh Islam, September 1976

3. Polisi Kewangan Negara Islam.  Dalam Utusan Qiblat,  November 1976

4. Bila Politik dan Agama Dipisahkan.  Dalam Al-Islam, Februari 1977

5. Jenayah dalam Perundangan Islam.  Dalam Cahaya Islam,  Mac 1977

6. Ugama dan Politik.  Dalam Al-Islam, Mac1977

7. Persoalan Ta’liq Talaq.  Dalam Islamiyat vol. 1, 1977

8. Bumiputra dalam pendidikan. Dalam Utusan Qiblat,  Oktober 1977

9. Masalah Pendidikan Ugama di Sekolah Rakyat.  Dalam Utusan Qiblat,  November 1977

10. Pelajaran Ugama di Sekolah-sekolah Kerajaan.  Dalam Utusan Qiblat,  Disember 1977

11. Umat Islam di Persimpangan Sejarah.  Dalam Majallah AZAM ,  Kolej  Kediaman UKM, 1977

12. Pendidikan Ugama Belum Capai Matlamat.  Dalam Utusan Qiblat,  Januari 1978

13. Perundangan Islam : Suatu Impian atau Kenyataan.  Dalam Diskusi,  Mac 1978

14. Hudud Pengubat Jenayah.  Dalam Dewan Masyarakat,  Julai 1978

15. Keimanan Asas Kekuatan.  Dalam Al-Islam,  November 1979

16. Tasawwur Islam.  Dalam Suara Majlis,  1983

17. Pembentukan Kekeluargaan Dalam Masyarakat Mengikut Ajaran Islam.  Dalam Cahaya Lembaga,  keluaran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, No. 687, 1983

18. Falsafah Perundangan Islam.  Dalam Dakwah, No. 93, 1983

19. Ekonomi Islam : Baitul Mal Sebagai Sebuah Institusi Kewangan Islam.  Dalam Al-Hijriyyah, Disember 1984

PENYELIDIKAN

1. How far the differences of Islamic practices in the State of Perlis which does not affially follow a particular schools of law and the states which follow the Shfi’I school in Malaysia. ( Project No : 62/78 was submmited to the Universiti Kebangsaan Malaysia)

2. Is BADAR an art of self defence or a form of Batini practices?  ( Project No : 63/78 was submmited to the Universiti Kebangsaan Malaysia)

3. Sighting of the moon in Malaysia : problem and possibility.  ( Project No : 77/79 was submmited to the Universiti Kebangsaan Malaysia)

4. Kehilangan beberapa ayat al-Quran dari mushaf : apakah hakikat dan hikmatnya.  ( Project No : 81/86 was submmited to the Universiti Kebangsaan Malaysia)

5. Kehakiman Islam.  ( Projek Tahun 1992 – dalam masa cuti sabatikal selam 9 bulan di UKM)

PENGLIBATAN DALAM SEMINAR

1. Sebagai pemerhati pada ‘The World Islamic Conference’ di London, April 1976

2. Sebagai Peserta pada ‘ Conference on Muslim Education’ di Mekah pada April 1977

3.  Sebagai Pengerusi pada ‘ Seminar on Islam in ASEAN Institutes of Higher Learning’ .  Dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada December 1978

4. Sebagai Peserta pada ‘ TWELFTH ASAIHAL General Conference and Seminar’ di Bangkok pada Januari 1978

5. Sebagai Penasihat dan Peserta pada ‘The Islamic Da’wah Conference for South East Asia and Pacific Region di Kuala Lumpur, 1980

6. Sebagai peserta dalam ‘The International conference on Islam and Technology’ di Kuala Lumpur pada 1983

7. Sebagai Pengerusi pada perjumpaan tahunan ‘The Conference of Ulama of Souteh East Asia’ , di anjurkan oleh Persatuan Ulama Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1983

8. Sebagai Pengerusi pada perjumpaan tahunan ‘Seminar on Hajj’ di New Delhi 1983, dianjurkan oleh ‘The World Islamic Foundation’.

9. Sebagai Pengerusi pada ‘Seminar on Hajj’ di Dacca 1984, dianjurkan oleh ‘The World Islamic Foundation’.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

1. ‘Ijtimak’ Ulama’  di Bukit Mertajam ,  dianjurkan oleh Persatuan Ulama Seberang Perai pada 1976

2. ‘Ijtimak Mufti dan Kadi Selangor’ anjuran JAIS pada 1976

3. ‘The Seminar on Youth’ yang telah diadakan di Kolej Islam Klang pada 1976

4. ‘Seminar Pendidikikan Islam Malaysia ke Dua’ anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1976

5. ‘Seminar Pengurusan dan Undang-Undang Keluarga Kelantan’ anjuran Jabatan Kebajikan Penduduk Kelantan, pada Julai 1977

6. ‘Pertemuan Pelajaran ke Dua’ anjuran Suluh Budiaman, di Melaka pada Ogos 1977

7. ‘Seminar Penerangan Islam Peringkat Kebangsaan’ anjuran Kolej Perguruan Islam, Petaling Jaya pada Mac 1978

8. ‘Seminar Perancangan Keluarga dan Undang-undang Keluarga’, anjuran Jabatan Kemajuan Negeri Kedah pada May 1978

9. ‘Seminar Penerangan Islam’ anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,1978

10. ‘The Meeting of the Senior Religious Teachers of Armed Forces’ anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur pada 1978

11. ‘The Symposium on Islamic Teaching and Administration’  bertempat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1979

12. ‘Seminar Keluarga Bahagia’ anjuran Persatuan Kakitangan Islam, Bumiputera, Kuala Lumpur, Mac 1981

13. ‘The Seminar on Astronomy’ anjuran Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Januari 1982

14. ‘Seminar Ekonomi Islam’ anjuran Universiti Pertanian Malaysia, Serdang pada Februari 1982

15. ‘The Keynote Speaker and the writer of the working paper at the Seminar of the Islamic Family Law, held in Singapore, sponsored bya Firdaus, Januari 1984

16. ‘The Seminar On the Assimilation of the Islamic Values in Malaysia, held at the Universiti Sains Malaysia, Penang, 1984

17. The Seminar On the Assimilation of the Islamic Values in Malaysia, anjuran Kerajaan Negeri Sembilan, Januari, 1984

18. The Symposium sponsored by the Youth Section of the Malaysian Islamic Party, held in Kuala Lumpur, February 1985

19. The Seminar on Marriage, sponsored by the Seremban Distirct Office, March, 1985

20. The Seminar on the Family Happiness, sponsored by the Religious Department of the Federal Territory, Mach 1985

21. The Seminar on the Islamic Contemporary Thought, sponsored by the Sarawakians Society, held in Kuching, June, 1985

PENULISAN KERTAS KERJA

1.   Konsep Ketua Negara di dalam Islam -  Ogos 1987

2.   Konsep Kenegaraan dan Hak-hak dalam Islam - Ogos 1987

3.   Masalah yang dihadapi oleh Umat Islam  - Dis. 1987
Kini dan Penyelesaiannya

4.   Penghayatan Islam dalam penghidupan muslim - Dis. 1987

5.   Falsafah Ibadat Solat - Jan. 1988

6.  Ke arah Memahami dan Menghayati - Jan. 1988
     Al-Quran Sepenuhnya.

7.   Keluarga Bahagia Menurut Pandangan Islam - Feb. 1988

8.   Konsep dan Falsafah Jihat dalam Islam - Mei 1988

9.   Falsafah Perundangan Islam - Mei 1988

10.  Sejarah Kekaburan Tasawwur Islam - Jun 1988

11.  Al-Tasawwur Islam al-Islami I dan II -  Jun 1988

12. Seminar Bahaya Ajaran Sesat.  Penyelewengan - Jan. 1989
Sunnah dan Bahayanya dalam Kehidupan
Masyarakat Islam

13.  Simposium Keluarga Bahagia.  “Krisis - Feb. 1989
Rumahtangga, Sebab-Sebab dan Cara-Cara
Untuk Mengatasinya”

ARTIKEL DALAM AKHBAR (Yang sempat dicatat sahaja)

1.   Mengubati penyakit rindu untuk anak-anak dan dewasa (Majalah UMMAH,
       April 1991

2. Hukum hudud dalam perundangan Islam.  Akhbar HARAKAH Bil. 226, 1.2, 1991

3. Hukum hudud membendung jenayah. Akhbar HARAKAH Bil. 227, 4.2, 1991

4. Jika orang murtad tidak dihukum, Islam akan dipersenda.  Akhbar HARAKAH Bil. 228, 8.2, 1991

5. Pelaksanaan hukum hudud ; suatu kewajipan.  Qadi tiada hak ampun tertuduh yang sabit.  Akhbar HARAKAH Bil. 229, 11 Februari, 1991

6. Hukuman terbuka jadi peringatan.  Akhbar HARAKAH Bil. 230, 15 Februari, 1991

7. Kedudukan undang-undang hudud hari ini.  Akhbar HARAKAH Bil. 232, 22 April, 1991

8. Tiada peruntukan bicarakan kesalahan murtad.  Akhbar HARAKAH Bil. 232, 22 April, 1991

9. Tiada pilihan selain hukuman hudud.  Akhbar HARAKAH Bil. 233, 25 Februari , 1991

10. Beberapa siri artikel tentang tasawwur Islam dalam Majalah SUARA Majlis Agama Islam Perak.

11. Artikel setiap minggu dalam Ruangan Khas Bersama Prof. Dato’ Dr. Haron Din dalam ‘Rawatan Islam’

EDIT BUKU DAN PENULISAN KATA PENGANTAR

1.   Adab dan halangan di Tanah Suci
.
2. Kewajipan Ibadah Haji dan Umrah.

3. Wajib Haji dan Umrah.

4. Dam Dalam Ibadat Haji dan Umrah.

5. Baitullah dan Ibadah Haji

6. Makkah al-Makarammah

7. Jamaah Haji Ifrad

8. Jamaah Haji Tamattuk

9. Jamaah Haji Qira’an

10. Ziarah ke Madinah.

11. Ziarah ke Masjid Haram (1)

12. Ziarah ke Masjid Haram (2)

PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI PENGAJIAN AGAMA

1. Kelas pengubatan Islam seminggu sekali di Darussyifa’ pada setiap malam Selasa.

2. Kelas pengajian untuk golongan professional pada setiap malam Jumaat di Petaling Jaya (Seksyen 14).  Bermula sejak tahun 1985

3. Kelas pengajian di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali

4. Memberi bimbingan Kursus Haji kepada bakal-bakal haji (terutama pada musim haji) di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

5. Memberi ceramah di kediaman Y.B. Menteri Besar Selangor untuk kakitangan kerajaan, terutama ketua-ketua Jabatan di seluruh Selangor, pada setiap hari Rabu, minggu keempat setiap bulan bermula pada awal tahun 1988

6. Memberi ceramah di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai,  Kuala Lumpur pada setiap Rabu malam.  (Minggu kedua setiap bulan)

7. Memberi cermah di seluruh Malaysia termasuk di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Masjid-Masjid dan Surau-Surau.

8. Ceramah bersiri di Masjid Darul Ghufran, Singapura.

9. Mengambil bahagian dalam siri Ehwal Islam Radio Televesyen Malaysia  (RTM)  (Rancangan Mingguan) sejak tahun 1990

10. Mengambil bahagian dalam Rancangan Visi Suci , Radio Televesyen Malaysia (RTM).

11. Program Lintas Lansung Malaysia – Brunei Darussalam dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia, Radio Televesyen Malaysia (RTM)

12. Sering diundang dalam ‘Malaysia Hari Ini’ (MHI) di TV3

13. Sering diundang dalam Radio Malaysia Ibukota (siaran pagi)

14. Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama di Radio Malaysia Ipoh

15. Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Kuantan

16. Sering mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Kedah

17. Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Perlis

18. Memenuhi Program Ceramah yang diaturkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Brunei Darussalam

19. Sering diundang bahagian dalam rancangan-rancangan sempena perayaan-perayaan keagamaan di seluruh pelusuk tanah air

20. Siri kuliah yang sedang berlangsung:

a) Kuliah Maghrib bulanan - Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
b) Kuliah Dhuha bulanan – Kompleks Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi
c) Kuliah Dhuha bulanan – Masjid Al-Falah, USJ
d) Kuliah Maghrib bulanan – Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
e) Kuliah Maghrib bulanan – Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
f) Kuliah Dhuha bulanan – Dataran HIG, Pulau Langkawi
g) Kuliah Maghrib bulanan – Masjid An-Nawawi, Pulau Langkawi

PERUBATAN ISLAM
1. Mula mempelajari ilmu perubatan Islam daripada bapanya, sejak kecil, dan kemudian belajar daripada beberapa guru lain.
2. Semasa berkhidmat sebagai pensyarah di UKM, mula mengajar ilmu perubatan Islam atas permintaan rakan-rakan.
3. 17 April 1988: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa') ditubuhkan secara rasmi.
4. 17 Mac 1991: Bangunan Darussyifa', Bandar Baru Bangi, mula digunakan.
5. 1 September 1991: Perasmian bangunan Darussyifa' telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Azman Hashim.
6. Pusat Rawatan Kecil Darussyifa’ sudah ditubuhkan di setiap negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
7. Menyampaikan kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’ di semua pusat kuliah Darussyifa’.
8. Menyampaikan ucap utama dan membentang kertas kerja dalam program-program anjuran Darussyifa’ dan anjuran badan-badan lain.
9. Selain perkhidmatan Perubatan Islam, Darussyifa’ juga giat menjalankan aktiviti dakwah di bawah Unit Dakwah Darussyifa’
10. Buku-buku Perubatan Islam:
a) Haron Din. 2011. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab. Bangi: Darussyifa’.
b) Haron Din. 2009. Menjawab Persoalan Makhluk Halus. Bangi: Darussyifa’.
c) Haron Din. 2014. Ruqyah Asas Pengubatan Islam, Edisi Kedua. Bangi: Darussyifa’.
d) Haron Din. 2010. Pengantar Pengubatan Islam. Bangi: Darussyifa’.
e) Haron Din. 2010. Rawatan Penyakit Jasmani (1). Bangi: Darussyifa’.
f) Haron Din. 2010. Rawatan Penyakit Jasmani (2). Bangi: Darussyifa’.
g) Haron Din. 2010. Rawatan Penyakit Rohani. Bangi: Darussyifa’.
h) Haron Din. 2010. Rawatan Penyakit Akibat Sihir. Bangi: Darussyifa’.
11. Artikel dan Kertas Kerja:
a) Asas dan Konsep Pengubatan Islam
b) Makhluk Halus Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah
c) Makhluk Halus dan Penyakit
d) Al-Quran dan Pengubatan Penyakit
e) Konsep dan Amalan Dalam Perubatan Islam
f) Sihir dan Kesannya Kepada Aqidah

Jumaat, 16 September 2016

ALMARHUM TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH

Biodata Tuan Guru
TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN

Pendidikan

• Madrasah al-Islahiyah al-Wataniah, Bohor Mali

• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor

• Sijil Tertinggi Kolej – Kolej Islam Malaya (1962-1965)

• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah – Universiti Al-Azhar (1966-1968)

• Diploma Pendidikan – ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)

• PhD Syariah – Universiti Darul Ulum, Kaherah (1972-1974)

Pengenalan
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rejab 1359 (Tarikh Hijriyah ini mengikut kiraan komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis.  Beliau merupakan anak ke tiga daripada 10 orang adik beradik yang terdiri daripada seorang abang dan kakak serta seorang adik lelaki juga enam adik perempuan. Dua orang saudara lelaki beliau juga merupakan tokoh agama yang disegani di Malaysia iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din.Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam. Oleh yang demikian, kehidupan beliau telah terdidik sejak kecil lagi dalam keadaan baik dan ilmiah. Ibu bapa beliau berkhidmat sebagai guru al-Quran kepada masyarakat setempat pada ketika itu. Ia suatu peluang baik kepada beliau serta adik beradiknya yang lain untuk lebih mendalami bidang al-Quran.

Oleh kerana kealiman dan keilmuan ayahanda Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din, dia dikenali sebagai Lebai Din. Semasa zaman remaja Lebai Din  telah merantau mencari ilmu dari Phatani sehingga sampai ke Perlis dan menetap di Kampong Bohor Mali kerana di situ adalah tempat pengajian ilmu. Beliau telah menetap dan berumahtangga di situ. Lebai Din dikenali umum sebagai seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan secara Islam. Selain daripada itu, Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani.

Namun, ilmu persilatan ini tidak diperturunkan kepada anak-anaknya. Akan tetapi, ilmu pengubatan Islam ini tidak terhenti setakatnya sahaja. Ilmu ini telah diperturunkan secara pengijazahan dengan menyerahkan buku catatan pengubatannya kepada Ustaz Haron Din. Memandang minat dan kecenderungan terhadap ilmu pengubatan Islam, Ustaz Haron Din sahaja terpilih untuk mewarisi ilmu pengubatan Islam daripada ayahandanya.

Kehidupan berumahtangga
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din telah mengakhiri zaman bujangnya ketika berusia 25 tahun  dengan seorang wanita pilihannya Datin Khadijah binti Haji Salleh.  Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka telah dikurniakan lima orang cahayamata, iaitu dua lelaki dan tiga perempuan . Anak-anak  mereka  ialah Huda, Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana .

Pendidikan Awal
Tuan Guru Dato’ dan adik beradiknya yang lain diwajibkan mempelajari ilmu agama terutama pengajian al-Quran. Oleh kerana itu, beliau menerima pendidikan awal daripada ayah dan ibunya sendiri. Sikap keprihatinan ayah beliau dalam memberi didikan agama kepada anak-anak, sehinggakan tidak membenarkan anak-anaknya mendapat pendidikan selain daripada pendidikan agama di pondok. Tidak seorang pun anak-anaknya yang mengikuti persekolahan secara formal pada  ketika itu. Setelah menamatkan pengajian di peringkat pondok, rumah pula menjadi tempat bagi beliau mendalami bidang al-Quran dipimpin oleh ayahnya. Beliau bukan sahaja diajar kaedah bacaan al-Quran dengan betul, malah dilatih dan diberi kepercayaan sebagai pembantu ayahandanya mengajar al-Quran kepada anak-anak qaryah. Beliau juga telah dilatih menjadi imam solat dan tenaga pengajar fardu ain kepada umum.

Ayahanda beliau seorang yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak. Tidak pernah lekang di tangannya rotan untuk menghukum anak-anaknya apabila melakukan kesalahan. Manakala bondanya pula, seorang ibu yang memiliki sifat keibuan sempurna. Dengan perwatakan baik sebagai seorang ibu, dengan sifat lemah lembutnya, dia berjaya mendidik dan membentuk anak-anak secara berhikmah dan berbeza dengan cara suaminya. Dengan kombinasi kedua-dua bentuk didikan ini, maka terbentuklah keperibadian baik kepada  tokoh ini. Ia menjadikan Tuan Guru Dato’ seorang yang amat tegas pendiriannya dalam membela, mempertahan dan memperjuangkan agama di tanahair. Tambahan, sifat lemah lembut ibunya juga telah diwarisi oleh beliau. Beliau amat berlemah lembut dalam tutur katanya serta mesra dengan mad’unya tanpa mengira batasan usia, pangkat dan kedudukan.

Pendidikan Sekolah Rendah (Ibtidaii)
Setelah menjangkau usia Tujuh tahun, ayahandanya telah menghantar beliau belajar di sebuah sekolah aliran pondok di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali yang terletak hanya lebih kurang 100 meter dari rumahnya. Walaupun jarak antara pondok dan rumahnya amat dekat, namun beliau mengambil keputusan menetap di pondok supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian dan dalam pada itu dapat mendidik diri hidup secara berdikari.

Suatu ketika, Tuan Guru Dato’ telah dihadiahkan seutas jam tangan berjenama Holok oleh bapa saudara kepada Almarhum Haji Zakaria. Hadiah tersebut diberikan kepada beliau sebagai satu anugerah kerana telah mendapat tempat pertama dalam kelas dua. Pemberian yang amat bernilai itu membuatkan beliau sangat gembira dan bersyukur kerana memilikinya.

Kecenderungan Tuan Guru Dato’ terhadap bahasa Arab mula berputik semenjak hari pertama beliau menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Pendekatan pengajian bahasa Arab secara berinovasi dan menyoronokkan daripada guru beliau, ustaz Shafie Omar, sedikit sebanyak telah memberi rangsangan kepada beliau untuk terus mendalami matapelajaran bahasa Arab ini.

Berbekalkan keazaman dan kesungguhan serta minat yang mendalam dalam diri, menjadikan bahasa Arab sebagai alat untuk beliau menimba ilmu-ilmu wahyu dengan lebih jauh. Berteraskan kemahiran bahasa Arab inilah, beliau dapat menggali khazanah ilmu dari sumber-sumber muktabar dalam bahasa Arab dalam pelbagai bidang ilmu termasuk aqidah, fekah, muamalat Islam, siasah Islam, perubatan Islam, kekeluargaan dan sebagainya.

Satu pengajaran yang dapat kita ambil di sini mengenai kepentingan pendidikan bahasa Arab kepada generasi muda supaya mereka dapat menyelami dan mendalami pusaka khazanah ilmu peninggalan ulama-ulama Islam terbilang. Amatlah wajar dielakkan tanggapan sesetengah orang yang beranggapan bahawa bahasa Arab ini bahasa yang sukar dipelajari dan difahami sehinggakan wujudnya golongan yang anti atau fobia dengan bahasa al-Quran juga bahasa syurga. Sesungguhnya Allah telah permudahkan bagi kita untuk mempelajari bahasa al-Quran.

Pendidikan Sekolah Menengah Rendah (I’dadiah)
Setelah beliau menamatkan pengajiannya di sekolah pondok Madrasah Islahiyah al-Diniah beliau telah menyambung pengajian ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah. Perpindahan beliau ke sekolah menengah memberi maksud penerusan perjuangan beliau yang lebih mencabar dalam mendalami ilmu pengetahuan agama. Tambahan pula, pada ketika itu jarak antara sekolah dan rumah beliau adalah lebih kurang 12 batu (20km). Kayuhan basikal sejauh 40km sehari, sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau dalam menuntut ilmu Allah S.W.T.

Bermula dari sinilah, terserlahnya kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan sifat kepimpinan. Di mana beliau telah mendapat tempat pertama (imtiaz) sepanjang tahun pengajian di situ. Sifat kepimpinan mula menyinar di mana beliau telah lantik menjadi ketua pelajar di sekolah. Keperibadian beliau yang cemerlang telah diakui oleh kedua-dua gurunya. Semasa belajar di sini, beliau dikenali sebagai seorang murid yang baik, cerdik, tekun dan fokus dalam pelajaran sehingga sentiasa berada dalam senarai pelajar  terbaik ketika itu.

Tuan Guru Dato’ hanya sempat menghabiskan pengajian pada tahap tiga thanawi sahaja. Kemudian beliau terpaksa meninggalkan sekolah tersebut kerana terlibat dalam satu gerakan pelajar untuk membantah campur tangan pihak luar yang cuba campur tangan pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ia berikutan kerana, pada ketika itu ada pihak tertentu yang berhasrat menggantikan pentadbir baru yang bukan dari aliran atau lulusan agama. Akibat peristiwa ini, beliau telah di tahan lokap polis selama dua malam dan akhirnya beliau beserta seramai 60 orang rakannya telah dibuang dari sekolah sehingga mengakibatkan sekolah tersebut ditutup terus selama setahun.

Peristiwa ini membuktikan kepada kita semangat juang  dan ketokohannya sebagai pemimpin yang berkarisma dan bermagnetisma yang menjadikan pelajar-pelajar di bawah pimpinannya sanggup mendengar arahan dan sebulat suara menyokong dan mendokong hak yang diperjuangannya.

Di sini juga kita dapat lihat ketokohannya sebagai seorang yang mempunyai prinsip yang tinggi dalam kamus perjuangannya. Di ketika itu beliau sanggup mempertahankan prinsip dan kebenaran sehingga sanggup membayar satu harga yang cukup tinggi dalam hidupnya, iaitu penyingkiran daripada persekolahan.

Semasa penggantungan itu, beliau bersama seorang rakan karibnya Almarhum Ustaz Dahlan Mat Zin telah memulakan kembara berbasikal dari Arau ke Kuala Lumpur. Satu jarak yang agak jauh, dengan keadan fizikal jalan pada ketika itu.

Ini dapat membuktikan kepada kita kecekalan dan ketabahan beliau untuk mengharungi cabaran untuk melihat dunia luar. Apa yang dapat kita lihat sekarang, apabila beliau telah menjadi seorang ulama yang telah mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk menyampaikan dakwah dan kerja-kerja kebajikan. Sudah tentulah hari ini sudah tidak dengan basikal tua lagi tapi dengan kenderaan yang moden.

Pendidikan Sekolah Menengah Tinggi
Dalam tempoh penggantungan beliau itu, orang-orang kampung telah memberi nasihat dan galakan supaya beliau menyambung pengajiannya yang tergendala itu. Mereka sanggup mengumpul dana bagi membantu beliau untuk meneruskan pengajiannya. Beliau menyedari yang dirinya belum menamatkan persekolahan sehingga lima thanawi ketika itu, sedangkan syarat utama penerimaan masuk kolej islam wajib dengan lima thanawi.

Beliau merasa dirinya seperti angan-angan mat jenin untuk merealisaikan hasrat masyarakat. Beliau merasa dirinya amat kerdil ketika itu. Semua orang yang mohon berbekalkan sijil lima thanawi sedangkan dirinya hanya sempat belajar dua thanawi. Beliau dipujuk untuk memohon menulis surat dalam bahasa Arab kepada pihak Kolej Islam Malaya ketika itu. Akhirnya beliau memberanikan diri menulis surat permohonan tersebut dalam bahasa Arab bertulisan tangan. Berasaskan nilaian terhadap kandungan surat tersebut beliau telah dipanggil untuk ditemuduga. Sesi temudgua dijalankan  dalam bahasa Arab sepenuhnya. Beliau dapat mejawab soalan temuduga yang dikemukakan dengan baik. Akhirnya beliau diterima pada hari itu juga, sedangkan murid-murid lain pulang ke kampunng masing-masing menunggu surat jawapan temuduga.

Semasa beliau mengikuti pengajian di Kolej Islam Malaya ini, cabaran besar kepadanya ialah sistem pengajian di Kolej Islam itu disampaikan dalam bahasa Arab sepenuhnya sedangkan kemampuan beliau hanya di tahap thanawi dua thanawi. Apa yang banyak membantunya untuk menyaingi pelajar lain dalam berbahasa Arab ialah sistem pengajian Madrasah ‘Alawiyyah yang juga menggunakan bahasa Arab sepenunhya semasa pengajian.

Menyedari dirinya tidak mempunyai kelulusan yang setanding dengan pelajar-pelajar lain yang menyambung belajar di kolej itu, beliau telah menggembelingkan tenaga dan usaha dengan belajar  bersungguh-sungguh. Masanya banyak dimanfaatkan di perpustakaan. Ini menjadikan beliau kurang aktiviti luar dan kesukanan seperti pelajar-pelajar lain.

Cerita menarik Tuan Guru Dato’ ketika di Kolej Islam Malaya
Semasa menuntut di Kolej ini, pada suatu hari dua orang pelawat Arab dari Palestin telah datang melawat Kolej Islam. Pelawat tersebut telah diundang untuk menyampaikan ucapan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar kolej. Setelah selesai ceramah, beliau meminta Pengetua Kolej ketika itu Almarhum Dato’ Prof Abdul Raof Shalabi untuk mendengar ulasan dan komentar  dari seorang pelajar tentang Palestin. Pengetua menanyakan pelajar-pelajar siapa yang boleh memberi ucapan. Maka ketika itu Ustaz Mahyuddin yang mengenali Tuan Guru Dato’ telah mencadangkan beliau. Pengetua bersetuju dengan pilihan tersebut dan dia telah mengingatkan kembali ketika mana Tuan Guru Dato’ yang dapat menjawab soalan temuduga dengan cemerlang dan diterima pada hari itu juga belajar di kolej. Akhirnya beliau dipilih  untuk menyampaikan ucapan dalam bahasa Arab di majlis tersebut. Keupayaan dan keberanian beliau untuk berucap di khalayak di majlis itu mendapat sanjungan dari guru-guru dan rakan-rakan pelajar.

Cerita kedua ini berlaku pada tahun ketiga. Seorang pensyarah baru berbangsa Arab telah tiba berkhidmat di Kolej Islam iaitu Ustaz Abdul Wahab. Kebetulan bersempena dengan sambutan Maulid al-Rasul pihak Kolej telah menjemput beliau untuk meyampaikan ceramah. Pihak kolej telah melantik Ustaz Haron Din untuk menjadi penterjemah pada ketika itu.

Pada tahun ketiga di kolej, Guru beliau Ustaz Mahyudin Musa menugaskan  beliau menggantikannya  untuk menyampaikan ceramah di suatu tempat di Selangor iaitu di Sejangkang dalam satu majlis sambutan Isra’ Mikraj.

Semenjak dari itu, beliau sentiasa menerima undangan berceramah. Yang meneronokkannya setiap kali ceramah beliau akan mendapat wang saguhati RM50.00. Satu jumlah bayaran yang cukup tinggi di masa itu.

Pengajian di Kolej ketika itu disampaikan secara tutorial dalam bahasa Arab sepenuhnya. Pada petangnya, beliau telah diminta oleh rakan-rakannya untuk mengajar mata pelajaran yang sukar iaitu Mantiq dan Falsafah. Beliau bertindak sebagai tutor kepada mereka.

Di Kolej Islam Malaya atau namanya ketika itu al-Kuliah al-Islamiah, Kelang, Selangor, beliau memperoleh Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang.

Di Peringkat Pengajian Tinggi
Minat Tuan Guru Dato’ terhadap ilmu pengetahuan tidak terhenti di peringkat pengajian tinggi sahaja. Dengan kecekalan dan kesungguhan dalam pengajian, beliau telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree”. Setelah tamat pengajian di Kolej Islam Malaya, beliau menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (1966-1968) dengan biasiswa tersebut. Semasa di Mesir, beliau telah mendaftar untuk belajar dua degree sekaligus iaitu Master di Universiti Al-Azhar, Kaherah dan Diploma Pendidikan di Universiti ’Ain Shams, Kaherah. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak ada ruang untuk mengikuti aktiviti luar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang lain ketika itu. Beliau terpaksa mengerah tenaga dan mental untuk belajar pagi dan petang. Masanya banyak dihabiskan dibilik perpustakaan untuk mendapatkan rujukan serta membuat kajian.

Semasa di Kaherah, beliau memilih untuk tidak tinggal bersama pelajar-pelajar Malaysia di asrama Rumah Melayu  kerana budaya pelajar Malaysia di Rumah Melayu hanya bergaul sesama mereka dan bercakap bahasa ibunda. Keadaan sedemikian tidak banyak membantu pelajar melayu mempraktik bercakap bahasa Arab. Beliau memilih untuk menyewa di luar bersama-sama dengan pelajar-pelajar Mesir. Ini memberi lebih banyak peluang baginya untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan penutur aslinya. Dua orang sahabat karibnya yang tinggal bersamanya di Kaherah ialah Lutfi Ali Omar dan Mahmud al-Kafif seorang yang buta. Banyak masa beliau belajar bersama-sama dengan kedua-dua rakannya ini. Dan mereka juga banyak membantu beliau untuk menyiapkan tugasan pelajaran sehingga berjaya. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk menggilap bahasa Arabnya dari aspek percakapan, penulisan dan juga qaedah bahasa arab.

Tuan Guru Dato’ tidak pernah lokek dalam menyebarkan ilmu yang dimilikinya. Ini kerana, ilmu merupakan amanah Allah S.W.T. dan sepatutnya disebarkan kepada orang lain. Kesibukan beliau menelaah pelajaran tidak dijadikan penghalang untuk beliau berkongsi dan mencurahkan ilmu dengan pelajar-pelajar lain. Beliau diamanahkan mengajar pelajar-pelajar Melayu di Mesir terutama kuliah kepada pelajar-pelajar wanita yang kebanyakannya lemah dalam pelajaran dan ramai yang terkandas pada ketika itu. Kelas-kelas ini dianjurkan oleh pelajar Melayu di Mesir. Pengamalan sebegini masih diteruskan sehingga ke hari ini bagi pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Antara matapelajaran yang diajar oleh beliau ialah Bahasa Arab, Usul Fiqh, Qawaed Fiqhiyyah dan lain-lain.

Semasa di Mesir, beliau telah membuat dua degree; satu MA (Ijazah Sarjana) Syariah di Universiti al Azhar dan Diploma Pendidikan di ‘Ain Shams, Universiti Cairo. Akhirnya dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperoleh kedua-dua degree tersebut serentak dengan cemerlang.

Kehidupan Sebagai Murabbi
Setelah menamatkan pengajian di luar negeri, beliau kembali semula ke tanah air sekitar tahun 1968 dengan memperolehi Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Al-Azhar dan juga Diploma Pendidikan Universiti A’in Shams di Kaherah. Dengan ilmu yang diperolehi dari luar negeri, masyarakat meletakkan harapan tinggi agar dapat mengambil manfaatnya. Untuk tidak menghampakan harapan masyarakat, beliau telah berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Abdullah Munsyi, Penang. Beliau ditugaskan sebagai guru disiplin.

Bermula dari saat inilah, beliau mula aktif menyampaikan dakwah kepada umum sebagai memenuhi permintaan masyarakat. Beliau sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwah melalui kelas-kelas pengajian agama dan tazkirah di masjid-masjid serta jemputan ke rumah-rumah perseorangan. Selain pada itu, warga guru sekolah juga dianjurkan kelas pengajian khas bersama beliau.

Pada waktu yang sama beliau juga telah bekerja sebagai pensyarah sambilan untuk kursus-kursus pendidikan guru agama seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Pulau Pinang. Beliau mengajar matapelajaran art of teaching dan child development. Kebanyakan guru-guru agama ketika itu tidak memiliki ilmu pedagogi. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi dari Kolej Islam Malaya dan Universiti ‘Ain Syam, Mesir dalam bidang pendidikan, ia dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para guru pada ketika itu.

Rentetan dari itu, akhirnya beliau ditawarkan menjadi pensyarah di Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaya (nama sekarang Universiti Kebangsaan Malaysia UKM). Dengan sifat rendah diri, beliau enggan menerima tawaran tersebut dengan alasan ingin memberi peluang kepada mereka yang lebih senior dan lebih layak untuk memegangnya. Beliau merasakan terlalu awal baginya untuk memegang amanah sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti. Dekan Fakulti Islam ketika itu telah datang sendiri ke rumahnya memujuk beliau untuk menerima jawatan tersebut. Akhirnya beliau bersetuju dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Kecintaan Tuan Guru Dato’ terhadap ilmu telah mendorong beliau menyambung kembali pengajiannya. Ketika itu, beliau masih berkhidmat di UKM. Maka pada tahun 1972, beliau sekali lagi berlepas ke Mesir untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Doktor Falsafah. Pada tahun 1973, beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang Syariah dan memperolehi Ph.D daripada Universiti Darul Ulum, Kaherah.

Sekembalinya ke tanah air,  beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setahun kemudian beliau dilantik sebagai timbalan dekan, empat tahun kemudian dianugerahkan profesor madya dan tiga tahun kemudian dilantik sebagai profesor penuh.

Hasil Sumbangan Beliau Dari Segi Penulisan.
Ketekunan dan kesungguhan beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan sepanjang penglibatan beliau dalam dunia akademik dapat dibuktikan dengan penghasilan pelbagai karya ilmiah seperti buku-buku, kajian ilmiah dan kertas kerja. Antaranya;

PENERBITAN BUKU
A. Buku Terbitan dalam Bahasa Arab

(Dissolution of Marriage and Related Problem: A Comparative Study of Schools of Law) I Watan Press, Kuala Lumpur. 1983.

(The Separation of Spouse Based on Legal Prohibition by Law and Court – Watan Press 1984.

( Some Family Cases : Maintenance, Breach of Marriage and Polygamy an Islamic Solution ) – Watan Press, Kuala Lumpur, 1985.

(Spread of Islamic Mission in Malaysia) – Watan Press, Kuala Lumpur, 1985.

B. Buku Terbitan dalam Bahasa Malaysia

1. Buku Teks untuk sekolah menengah – Pengetaahuan Agama Islam sebagai Ketua Editor – Obor Islam I, II, III, IV dan V.

2. Rawatan Pesakit Menurut al Quran dan as Sunnah. Percetakan Watan, terbitan bersama rakan. 1990

3. Buku tajuk “ Jawapan Kepada Hadith Satu Penilaian Semula – terbitan Dewan Pustaka Fajar 1988 Ketua Pengarang.

4. Masalah Pendidian Islam di Malaysia (bersama Dr Sabri Salamon) 1988.

5.Pengenalan Islam : Kemusykilan dan Penjelasan (bersama Ishak Din) 1989.

6. Rawatan Gangguan Makhluk Halus – Percetakan Watan 1989.

7. Taklik Talak Antara Hukum Fiqh dan Hukum Kanun – Watan 1989

8. Soal Jawab Agama – Fiqh Harian (bersama Ishak Din – Percetakan Akademi Art Printing Services Sdn Bhd 1992.

9. Aqidah Tauhid (bersama Ishak Din) 1995.

10. Hudud dalam Perundangan Islam – Pakar Print 1978.

11. Manusia dan Islam – Edisi Pertama (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1991) Ketua Editor

12. Manusia dan Islam – Edisi Kedua (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1992) Ketua Editor

13. Manusia dan Islam – Edisi Ketiga (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1992) Ketua Editor

13. Tasawwur Islam – Percetakan  Graphico Kajang 1404H.

14. Melihat Anak Bulan di Malaysia : Maslah dan Kemungkinan

15. Kewajipan Menegak Negara Islam –Indera Press.

16. Suami Isteri dan Rumahtangga Menurut Islam – Maju Press KL 1979.

17. Penyelenggaraan Jenazah – Unit Bimbingan Agama UPM 1981.

18. Methodologi Zikr – Watan 1988.

19. Pengurusan Jenazah – Percetakan Zizi Kajang 1989.

20. Hudud dalam Perundangan Islam – Dany Press 1993.

21. Muhammad Rasulullah : Anugerah Kejayaan – Bahagian Hal Ehwal Islam JPM 1993.

22. Ulama’ Bukan Cap Getah – Percetakan Watan 1993.

23. Islam : Keadilan Membebaskan Manusia 2007 (PTS Millenia)

24. Islam : Jihad Sebagai Survival Insan 2001 (PTS Millenia).

25. Islam : Ibadah Pembina Tamadun Manusia 2007 (PTS Millenia)

26. Islam :  Ada Apa Dengan Islam 2007 (PTS Millenia).

27. Islam : Agama, Bisnes dan Pengurusan 2007 (PTS Millenia).

28. Islam : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia 2007 (PTS Millenia).

29. Islam : Rujukan Afektif Akhlak Mulia 2007 (PTS Millenia).

30. Ikhtiar Penyembuhan  Penyakit dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab 2009 (Darussyifa’).

31. Fikh Harian 2009 (Edisi Kemaskini ) PTS Millenia.

32. Pengantar Pengubatan Islam – Jilid I  2011 (Darussyifa’).

33. Rawatan Penyakit Jasmani  1 – Jilid II    2011 (Darusyifa’).

34. Rawatan Penyakit Jasmani 2  – Jilid III   2011 (Darussyifa’).

35. Rawatan Penyakit Akibat Sihir – Jilid IV 2011 (Darusyifa’).

Kerjaya

1.    Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)

2.   Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)

3.    Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara

4.    Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB

5.    Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia

6.    Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti

7.    Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor

8.    Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan

9.    Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank.

10) Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd

11) Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis

12) Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Politik

1.    Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)

2.    Ketua Penerangan PAS Pusat

3.    Ahli Majlis Syura Ulamak PAS

4.    Timbalan Mursyidul Am PAS

Share this:
TwitterFacebook30

Tinggalkan Jawapan
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Komen
Nama *
E-mel *
Laman Web
Hantar Komen
Maklumkan komen balas melalui emel.

Cari
Pautan

UTAMA
Darussyifa’ Bangi
Darussyifa’ Kedah
Darussyifa’ Perak
Darussyifa’ Pulau Pinang
Darussyifa’ Mentakab
Darussyifa’ Sarawak
Darussyifa’ Sabah
Darussyifa’ Brunei
GALERI BERITA
Hubungi Kami

Alamat Kami: Kompleks PAS Perlis, Jalan Stadium Utama, Kg. Pondok Kangar, Perlis No. Tel : 017-4100230 012-4100988 019-4551494
Jadual Kelas Pengubatan DS PERLIS (KUMPULAN 2)

JUN
16 Jun 2013: Majlis Pendaftaran dan taklimat
30 Jun 2013: Majlis perasmian dan bacaan ruqyah pertama oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Solat Hajat Untuk Tuan Guru

Majlis Solat Hajat telah diadakan pada 3.4.2012 hari Isnin malam selepas solat Isyak di Masjid Teluk Jambu, Kangar Perlis. Majlis dihadiri oleh semua perawat Darussyifak Perlis dan ahli Jemaah Masjid.

Program Khidmat Masyarakat

1. 17.03.2012 Program Khidmat Masyarakat Darussyifa' Perlis Di Titi Chai Utan Aji Kangar Perlis.

2. 2.10.2012 Rawatan di Anjung Keli, Padang Behor Perlis.

3. 15.10.2012 Rawatan gangguan di SMK Tengku Suleiman, Perlis.

4. 20.10 2012 Khidmat Masyarakat Di Behor Mentalon, Tambun Tulang, Perlis.

5. 3.11.2012 Khidmat Masyarakat di Mengkuang Layar, Perlis.

6. 20.11.2012 Rawatan gangguan di Politeknik Pauh, Perlis.

7. 24.12.2012 Khidmat Masyarakat di Santan, Perlis.

8. 23, 24, 25, 26, Jan 2013 Program Khidmat Masyarakat di Belakang AGRO Bank, SImpang Empat, Perlis

9. 31.1.2013 Rawatan gangguan di Politeknik Pauh, Perlis.

10. 4.4.2013 Rawatan gangguan di SK Seri Perlis, Kangar, Perlis.

11. 25.4.2013 Program khidmat masyarakat di Kampung Alor Setar, Pauh, Perlis bersama tuan guru

12. 26.4.2013 Program Khidmat Masyarakat di Padang Benta, Perlis dan di Lat Seribu, Perlis bersama tuan guru.

13. 27.4.2013 Program Khidmat Masyarakat di Kampung Ujung, Jejawi, Perlis bersama tuan guru.

14. 28.4.2013 Khidmat masyarakat di Kampung Kenanga, Behor Mali bersama tuan guru.

15. 13.6.2013 Rawatan gangguan di Hotel Sri Mawarni Kangar, Perlis

Tahun 2013

SEPTEMBER 2016
M T W T F S S
« Mar   
  1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 
RSS BERITA DARUSSYIFA’ ONLINE

KEPUTUSAN TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2016
Calon-calon yang telah lulus temuduga dengan sukacitanya sila hadir taklimat seperti berikut;Tarikh:2-Jan-2016 (Sabtu)Waktu:8:00 Pg ~ 10:00 Pg (Pendaftaran & Pembayaran Yuran)10:00 Pg ~ 1:00 Tgh (Taklimat)Perhatian:1. Yuran Kursus ialah RM700. Bayaran minima ketika pendaftaran ialah RM350.2. Bagi Muslimin - Sila berpakaian baju melayu atau kemeja berleng […]
KEPUTUSAN TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2015
Calon-calon yang telah lulus temuduga dengan sukacitanya sila hadir taklimat seperti berikut; Tarikh:4-Jan-2015 (Ahad) Waktu:8:00 Pg ~ 10:00 Pg (Pendaftaran & Pembayaran Yuran)10:00 Pg ~ 1:00 Tgh (Taklimat) Perhatian:1. Sila berpakaian baju putih dan kopiah putih ketika hari pendaftaran bagi muslimin.2. Sila berjubah hitam atau berjubah putih bagi muslim […]
KEPUTUSAN TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2014
Calon-calon yang telah lulus temuduga dengan sukacitanya sila hadir taklimat seperti berikut;Tarikh: 4-Jan-2014 (Sabtu)Waktu:8:00Pg ~ 10:00Pg (Pendaftaran & Pembayaran Yuran)10:00Pg ~ 1:00Tgh (Taklimat)Perhatian:1. Sila berpakaian baju putih dan kopiah putih ketika hari pendaftaran bagi muslimin.2. Sila berjubah hitam atau berjubah putih bagi muslimat.3. […]
Kiriman Terbaru

Majlis Tandatangan Surat Wakaf Pusat Rawatan Darussyifa’ Perlis Cawangan Santan Perlis.
Majlis Perasmian Pusat Perubatan Islam Baru Perlis
Majlis Perasmian Kursus Pengubatan Islam Malaysia (Darusyyifa’ Perlis) Sesi Ke 2 Tahun 2013/2014
Tahniah Kepada Semua Pelajar Kursus Pengubatan Islam Negeri Perlis Kumpulan 1
Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Kumpulan Pertama Negeri Perlis Sesi 2012
Statistik

21,704 hits
MAKLUMAT PENTING

Ramai daripada kalangan pengunjung laman web ini yang bertanyakan tentang bayaran untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Darussyifa’. Ingin diperjelaskan di sini bahawa rawatan yang diberikan di Pusat Rawatan Darussyifa’ di seluruh Malaysia adalah PERCUMA.

Pihak Darussyifa’ tidak mengenakan atau menetapkan sebarang bayaran untuk sebarang khidmat rawatan yang diberikan. Bagaimanapun pihak Darussyifa’ tidak menolak sebarang sumbangan atau derma yang dihulurkan untuk tujuan pembangunan dan perkembangan Darussyifa’

Meninggal 16.9.2016 jam 10.05....