LATAR BELAKANG
PADUKA AYAHANDA BOSS JOHN atau lebih dikenali dengan panggilan BOSS JOHN DRAGON adalah merupakan salah satu Pengasas kepada Pertubuhan Kebajikan Muafakat Terbilang Malaysia atau MUALANG MALAYSIA. Beliau merupakan seorang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Fakulti Sains Kemasyarakatan (Degree) dan Sarjana Fakulti Sains (Master). Beliau merupakan Seorang Ahli Perniagaan dan Kontraktor yang Aktif dalam pelbagai Projek Hartanah, Pembangunan, Pembinaan, Elektrikal, Perkhidmatan dan sebagainya.
PENGALAMAN
Beliau sangat bergiat aktif di dalam pelbagai Pertubuhan sejak dari tahun 2000. Beliau juga pernah Dilantik Menjadi Ahli Jawatan Kuasa Daerah, Negeri dan Pusat serta Pernah Menjadi Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Penasihat kepada lebih 15 Pertubuhan di Malaysia dari segi memberi Perkhidmatan Kaunseling, Perundangan, Perniagaan, Ekonomi, Sosial, Antropologi & Sosiologi, Organisasi Pertubuhan dan Sebagainya.
KEJAYAAN
Kebanyakkan Ahli-Ahli dari Pertubuhan atau masyarakat Awam Lebih mengenali beliau kerana telah banyak menyelesaikan pelbagai kes serta masalah-masalah Ahli dan Masyarakat Malaysia seperti kes Pinjaman Wang Haram (Ah Long), Kes Perselisihan Faham melibatkan Perkauman seperti Melayu, Cina dan India, Kes Penipuan jual beli kenderaan, Kes Hutang Wang antara individu dengan individu yang lain, Kes pergaduhan Isteri/Suami Curang dengan orang lain, Kes Perebutan kawasan seperti Parking Kereta, Pengawal Keselamatan, Tarik Kereta, Perniagaan dan sebagainya, Kes Dendam lama, Kes kemalangan jalan raya yang berlarutan kepada pergaduhan.
Beliau juga turut membantu masyarakat dalam hal-hal kebajikan seperti golongan Miskin yang layak menerima bantuan, Individu cacat yang terlepas pandang untuk didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), Golongan Muallaf yang terpinggir, Asnaf Lapan dan sebagainya. Bantuan dan pertolongan yang diberikan tidak mengira apa Bangsa atau Etnik Oleh BOSS JOHN.
PRINSIP DAN TANGGUNGJAWAB
Beliau menjelaskan akan Menegak dan memperjuangkan syiar islam iaitu agama rasmi sesuai dengan ajaran Al-quran dan Al-hadis serta menwujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, dan Raja-Raja Melayu, Kerajaan dan Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
DASAR DAN HALA TUJU
Beliau juga akan berusaha membentuk anak bangsa pelbagai etnik dan budaya ke arah yang bermoral dan beriktikaf kepada Agama, Bangsa dan Negara serta menganjurkan pelbagai kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli serta masyarakat Malaysia dan juga menjana ekonomi di dalam Pertubuhan MUALANG MALAYSIA serta Memupuk disiplin diri, kepimpinan dan kecergasan fizikal di kalangan ahli-ahli serta menggalakkan ahli-ahli mengisi waktu lapang mereka dengan kegiatan yang lebih berfaedah dan bermanfaat.
Beliau juga akan berusaha menwujudkan hubungan Etnik yang bersatu padu tanpa mengira Agama, Bangsa, Budaya dan sebagainya dalam menjadikan sebuah negara Malaysia yang hidup lebih harmoni serta menjalankan pelbagai aktiviti sosial yang berfaedah di peringkat Cawangan, Daerah, Negeri dan Kebangsaan bagi Pertubuhan MUALANG MALAYSIA Khasnya dan Peringkat Negara Malaysia Amnya.
PERANCANGAN
Beliau memastikan Pertubuhan ini akan menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan, memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan menganjurkan program dan aktiviti kesihatan dengan tujuan melahirkan masyarakat yang sihat serta akan mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara, memupuk nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dan orang-orang dewasa bagi melahirkan generasi yang berhemah tinggi dan menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Majlis Minum Sambil Santai di MUAR, JOHOR - Julai 2016
Majlis Dialog MUALANG MALAYSIA Di MUAR, JOHOR - Sept 2016
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri - Oktober 2016
Majlis Dialog MUALANG MALAYSIA di PASIR MAS, KELANTAN - Mac 2017
Majlis Dialog MUALANG MALAYSIA di JENJAROM - Mac 2017
Majlis Dialog MUALANG MALAYSIA di Daerah KUALA LANGAT - Mac 2017
Majlis Amal Muafakat Prihatin di MERU, KLANG, SELANGOR - April 2017
Perlawanan Futsal di MERU, KLANG, SELANGOR - April 2017
Pertandingan Karaoke di MERU, KLANG, SELANGOR - April 2017
Pertandingan Auto Show Perodua Alza di MERU, KLANG, SELANGOR - April 2017
Pertandingan Motor Show Klasik di MERU, KLANG, SELANGOR - April 2017
Perlawanan Pingpong di MERU, KLANG, SELANGOR - April 2017
Aktiviti Memanah di MERU, KLANG, SELANGOR - April 2017
Aktiviti Berkuda di MERU, KLANG, SELANGOR - April 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan