*☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆*
*PEDOMAN*
Jangan membiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Hal ini diriwayatkan daripada Anas bin Malik, katanya:
وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيْمِ الْأَظْفَارِ وَنَتْفِ الْإِبِطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لَا نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً.
*Ertinya:*
_“Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.”_
*(Riwayat Muslim)*
Menurut Imam al-Syafi'i dan ulama mazhab Syafi'i, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berwangian, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Khamis, 11 Ogos 2016
Jangan membiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan