Aѕѕalaммυalaιĸυм W.
Yм Paduka²
Yм Ayaн²
Keĸanda²
Aвg² Long
Jemaah²
Sekadar renungan bersama dan peringatan untuk diri saya sendiri.
Baiah.
Jemaah berbaih (bersumpah) dengan nama Allah untuk berkorban masa, harta dan tenaga bahkan nyawa dalam perjuangan ini pada permulaannya, namun kebanyakkan hanya berbaih tanpa memahami maksud tersirat dan tersurat...
Namun ada yang telah berbaih mula senyap, lenyap dan tidur...
Lebih baik dari awal jangan bersumpah kerana sumpah
yang dimulakan dengan:
*wallahi*
*wabillahi*
*watallahi*
Bukan satu benda yang boleh di permainan kerana sumpah dalam perjuangan dan kesetiaan ini ada kifarah dan balasannya dari Allah jika dikhianati dan tiada pintu
keluar bila sudah dilafazkan dan Al Quran menjadi saksi...
Ramai di kalangan kita yang
terlalu mudah mengkhianati sumpah yang dilafaznya sendiri...
Bersiap sedialah untuk balasan dan kifarah dari Allah kerana mengkhianati apa yang di *Baiah*
Balasan Allah itu *"PASTI"*
Tak dapat balasan di dunia sudah pasti akhirat tetap menanti".
Jangan bermain dengan kifarah Allah...
Firman Allah dalam surah Al-Fath ayat ke-10 yang bermaksud:
"Sesungguhnya mereka yang berbaiah denganmu (Muhammad) sebenarnya mereka berbaiah dengan Allah sendiri.
Tangan Allah (bantuan kemenangan) berada di atas tangan-tangan mereka.
Barang sesiapa yang
melanggari (apa yang dibaiahkannya) maka (bahaya dari
pelanggaran itu) akan tertanggung atas dirinya masing-masing.
Barang sesiapa yang melaksanakan (apa yang
dibaiahkannya) nescaya Allah akan kurniakannya ganjaran yang besar"
*Sekadar ingatan utk diri ini*
Sekadar perkongsian bersama
*Didiklah*
1.) Bersalaman pastikan anak mata
tidak memandang pada
pandangan lain.(Jangan pakai
cermin mata hitam) ��
2.) Bersalaman dengan kedua dua
belah tangan dan anak mata
pandang tepat ke arah mata
saudara seperjuangan kita.
*Bila mata bertentang mata, dari mata turun kehati*
3.) Jika tahu saudara seperjuangan
kita itu Ayahanda pastikan cium
tangan ( Tanda hormat
"Khalifah Tentera Fisabilillah"
(Buang EGO di dalam diri tu
walaupon Ayahanda itu lebih
muda pada kita...kerana
hormat kepada Khalifah di
tuntut di dalam fisabilillah)
4.) Jangan "LANGSI" & bercakap
dengan penuh sopan santun
walau pon kita orang lama di
dalam perjuangan atau punyai
ramai "back-up" ...
"KITA SEMUA SAMA sahaja "
semuanya 1 perjuangan.
5.) Hormati sesama adik beradik
dan elakkan sikap "Berpuak-
puak" tidak kira dari mana
majlis sekali pon, destinasi dan
hala tuju perjuangan kita
semuanya SAMA.
6.) Seseorang itu dinilai
berdasarkan adab dan
akhlaknya dan bukan
berdasarkan "TAIKO" atau
"Gengster"nya. sedarlah 1 hari
nanti kita tetap akan kembali
keseorangan di dalam kubur
yang gelap gelita. usah bangga
dengan apa yang ada sekarang.
7.) Utamakan bercakap sesuatu
yang lebih Islamic berbanding
sembang PONG PANG PONG
PANG sana sini ... kadangkala
orang yang "sembang tinggi"
ni ...orang yang mendengar nak
muntah je sebenarnya,,,tetapi
kadangkala layankan je sebab
nak jaga hati. " Tiada yang
hebat di dunia ni tanpa keizinan
Allah S.W.T
8.) Usah taksub dengan kisah
kisah "Gengster" atau "Kongsi
Gelap" kerana hakikatnya
perjuangan kita dasarnya
fisabilillah bukan aliran kongsi
gelap atau samseng.
9.) Kita semua bersaudara dan
adik beradik ...jangan
bercakaran sesama sendiri.
10.) Ikutlah rasmi Padi "Semakin
berilmu dan berisi semakin
tunduk dan tawadhu`" bukan
LALANG "Bila ditiup, kejap ke
kiri kejap ke kanan melayang-
layang.
* Mohon maaf dan Mohon berikan petunjuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan