Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Salam Jumaat di ucapkan kpd semua sahabat2ku yang di rahmati Allah,
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Betapa besar pahala yang akan diperoleh orang yang mengerjakan solat Jumaat dengan baik, maka melaksanakan perintah itu (memenuhi panggilan solat dan meninggalkan jual beli) adalah lebih baik dari pada tetap di tempat melaksanakan jual beli dan meneruskan usaha untuk memperoleh keuntungan dunia, sebagaimana firman Allah SWT:
والآخرة خير وأبقى
Maksudnya :
"Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.(Surah Al-A'la ayat 17)
Firman Allah SWT :
فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (10)
Maksudnya :
"Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung."
(Surah Al-Jumu'ah (62) ayat 10)
Tafsirannya :
Pada ayat ini, Allah SWT menerangkan bahawa setelah selesai melakukan solat Jumaat boleh bertebaran di muka bumi melaksanakan urusan duniawi, berusaha mencari rezeki yang halal, sesudah menunaikan yang bermanfaat untuk akhirat. Hendaklah mengingat Allah SWT sebanyak-banyaknya di dalam mengerjakan usahanya dengan menghindarkan diri dari kecurangan, penyelewengan dan lain-lainnya, kerana Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, yang tersembunyi apalagi yang nampak nyata,
sebagaimana firman Allah SWT:
عالم الغيب والشهادة العزيز الحكيم
Maksudnya :
"Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah At-Taghabun ayat 18)
Dengan demikian tercapailah kebahagiaan dan keuntungan di dunia dan di akhirat...
*Dianjurkan kepada siapa yang telah selesai solat Jumaat,berdoa dengan doa ini:
اللهم إني أجبت دعوتك وصليت فريضتك وانتشرت كما أمرتني فارزقني من فضلك وأنت خير الرازقين
Maksudnya : "Ya Allah! Sesungguhnya aku telah mengerjakan panggilan-Mu, dan aku telah melaksanakan solat Jumaat yang Engkau wajibkan, dan aku telah bertebaran (di muka bumi) sebagaimana Engkau perintahkan kepadaku maka berilah aku rezeki dari karunia-Mu dan Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki".
Firman Allah SWT :
وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انْفَضُّوا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَائِمًا قُلْ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ مِنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِ وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ (11)
11 Dan apabila melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah:` Apa yang di sisi Allah adalah lebih baik daripada permainan dan perniagaan `, dan Allah Sebaik-baik Pemberi rezki.
(Surah Al-Jumu'ah (62) ayat 11)
Tafsirannya :
Pada ayat ini, Allah SWT mencela perbuatan orang-orang mukmin yang pada waktu rombongan unta kafilah dagang tiba dan mereka menyambut secara beramai-ramai, mereka pergi menjemputnya dan meninggalkan Nabi SAW. dalam keadaan berdiri berkhutbah.
Ayat ini ada hubungannya dengan peristiwa waktu Dihyah Al Kalby tiba dari Syam (Suriah), bersama rombongan untanya membawa barang dagangannya seperti tepung, gandum, minyak dan lain-lainnya. Sebagai kebiasaan apabila rombongan unta dagangan tiba, wanita-wanita muda keluar menyambutnya dengan menabuh gendang, sebagai pemberitahuan atas kedatangan rombongan itu, supaya orang-orang datang berbelanja membeli barang dagangan yang dibawanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan